0

Loading ...

$59 juta 'hangus' gara gara mesin buat pil tiruan

 $59 juta

eBay setuju bayar $59 juta dollar sebagai penyelesaian penuh berhubung dakwaan jual mesin buat pil tiruan.

Menurut laporan The Economic Times, platfom e dagang itu juga janji tingkat langkah pematuhan undang undang termasuk Akta Bahan Kawalan Persekutuan AS.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), dakwa eBay tidak berusaha keras untuk halang penjenayah dari beli peranti buat ubat tiruan, termasuk pil yang dicampur dengan fentanyl.

eBay bagaimanapun nafi salah laku dalam persetujuan penyelesaian itu

DOJ berkata eBay gagal sahkan identiti pembeli mesin itu , tidak simpan rekod yang perlu dan lapor tiada transaksi yang melibatkan mesin itu kepada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah.

Namun, ramai yang beli mesin pemampat pil di eBay didakwa atas jenayah berkait dadah

Dalam pada itu eBay nafi dakwaan DOJ itu yang didakwa langgar undang undang tertentu yang ditadbir oleh Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA)

Dalam kenyataan rasmi di laman web nya pada 31 Januari lalu, eBay berkata, penyelesaian $59 juta dollar itu tidak termasuk sebarang pengakuan salah laku.  

eBay nafi salah laku, bayar untuk elak rugi

eBay berkata :

“Mengekalkan pasaran yang selamat dan dipercayai untuk komuniti penjual dan pembeli global kami adalah prinsip asas bisnes kami.

“eBay bangga dengan usaha nya yang diiktiraf, proaktif dan sukarela untuk keluar kan produk yang jadi subjek pertanyaan kerajaan dari pasaran

“Walaupun eBay bertindak secara sah dan nafi dakwaan DOJ, kami putus kan bahawa perjanjian ini adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan pemegang saham nya

“Kerana ia elak kos, ketidakpastian dan gangguan yang berkaitan dengan litigasi yang berlarutan. 

“Tindakan eBay untuk alih keluar produk yang boleh diguna untuk pil tiruan – termasuk die, acuan dan pemampat pil

“Sebelum sebarang permintaan dari DOJ atau pihak berkuasa lain, dan bertahun tahun sebelum kerajaan tumpu perhatian kepada produk ini

“Sudah halang berpuluh ribu listing yang ada potensi masalah dari muncul di pasaran eBay.

“Pegawai kerajaan telah ulang kali puji eBay atas kerjasama dengan penguatkuasaan undang undang

“Dan usaha untuk sokong siasatan terhadap penggunaan pemampat pil haram 

“Seperti yang didedahkan sebelum ini, eBay telah terakru untuk kemungkinan kerugian berkaitan dengan siasatan DOJ ini.

“eBay akan biaya pembayaran berkenaan ($59 juta) dalam penyelesaian dengan wang tunai di tangan,” katanya.

habis//

Foto kredit : BARRON'S

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords