Super admin . 19th Aug, 2024 04:25 AM
Karipap Ale ale mendapat nama selepas pengasasnya menyanyikan lagu bola yang cukup dikenali di negeri ini ketika berjualan karipap.
Walaupun pada mulanya Jasmin Pannoot, 50, kekok untuk menyanyikan lagu berkenaan tetapi beliau fikir, itu sahaja cara untuk menarik perhatian orang ramai.
Demi sesuap nasi yang mahu diberikan kepada tujuh anak dan isteri, soal malu beliau tolak ke tepi apatah lagi dia ikhlas mahu mencari rezeki yang halal.
Beliau juga meletakkan soal penat ke tepi apabila setiap hari, dia akan berjalan sehingga 10 kilometer di sekitar Dataran Pontian dan Laman Diraja Pontian di sini untuk menjaja kuihnya.
Adat berniaga, sudah pasti ada lelahnya, beliau juga tak dapat lari dari mengalami lenguh dan kebas kebas di tangan gara-gara menggendong raga jualan karipap dalam tempoh masa lama.
Namun beliau berkata, apa yang penting bagi dirinya adalah setiap hari dia perlu betulkan niat untuk menjalani hidup kerana Allah.
“Sesungguhnya susah dan senang ujian Allah. Sihat dan sakit ujian Allah.
“Kaya dan miskin juga ujian Allah. Semuanya ujian Allah.
“Relakan dan redhakanlah.
“Dengan itu moga Allah meredhai segala usaha dan ikhtiar yang dikerjakan,” katanya di laman Facebook
Jasmin menjual pelbagai jenis karipap seperti inti kentang, telur, sardine, ayam, daging, nanas, keju dan mihun dari RM1 hingga RM5 bergantung saiz.
Manakala karipap sejuk beku pula dijual dengan harga RM8 sebungkus bergantung pada inti dengan saiz.
Namun penat lelah nya itu kini berbaloi apabila jualan Karipap Ale ale mendapat perhatian ramai pihak tak kira kaum dan berjaya mencatat jualan sehingga RM80,000 sebulan dan mencecah RM100,000 ketika musim cuti persekolahan.
Dari seorang diri berjualan karipap, kini beliau mempunyai 15 pekerja tetap dan sambilan untuk menghasilkan dan menjual karipap setiap hari termasuk di gerai sewa di Restoran Kopi Tenggek di Tanjung Piai dan Restoran Kemangi di Bandar Pontian.
Jasmin Pannoot berkata, jangan lemah dengan kata nistaan sebaliknya teruslah melangkah dan berjuang hingga ke garisan penamat.
“Tatkala ramai orang cemerlang yang sedang sibuk berjuang di sebalik timbunan kejayaan-kejayaan kecil
“Terdapat orang kebanyakan yang sibuk menghimpunkan kegagalan orang lain.
“Jangan lemah kerananya! Tetaplah terus berjuang hingga ke akhir garisan,” katanya.
Beliau juga berkata, jika mahukan sesuatu kita ada seribu daya mahupun beribu cara.
Katanya, hidup ini juga bukan semata-mata untuk memikirkan masalah.
Sebaliknya apa yang perlu adalah tumpukan sepenuh perhatian dan pemikiran kepada penyelesaian dan tindakan.
Jasmin Pannot berkata, usah biarkan diri terus hanyut dan karam dengan timbunan kegagalan silam tetapi bangkitlah melalui himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang telah Allah kurniakan.
“Sesungguhnya di dunia ini semuanya sementara.
“Begitulah juga dengan kesengsaraan dan kepayahan yang dihadapi.
“Ianya juga sementara.
“Kelak tiba masanya nanti Allah akan angkat dan lepaskan seseorang itu dari bebanan yang ditanggung.
“Berdoalah hanya kepada Nya.
“Berusahalah semahu-mahunya.
“Dan letakan lah sepenuh kebergantungan dan pengharapan hanya kepada Nya.
“Yakinlah, Dialah sebaik-baik pemberi pertolongan,” katanya.
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu
Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah
eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya