Super admin . 14th Feb, 2024 01:58 PM
Bubbles o2, produk air mineral buatan tempatan ini sudah menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brunei.
Malah bakal masuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia pada selewatnya suku ketiga 2024.
Syarikat berkenaan ketika ini sedang mengintai peluang di negara Eropah termasuk United Kingdom (UK)
Apa yang lebih menarik adalah kisah di sebalik penemuan air semula jadi itu yang ditemui secara tidak sengaja, ketika keluarga Marzuki, mahu membina Pusat Tahfiz, di Negeri Sembilan.
Jom kita baca catatan seorang pengguna Facebook, Naz Daim berkenaan hal ini
Ini apa saya fikir dulu… terma budak skrang dia cakap palatao… acah acah pandai
1. Masa first time saya nampak air ni kat Petronas… saya rasa mcm gimik je lebih
2. Diaorang kata air dia ada kandungan oxygen yang tinggi
3. Saya dgn segala kesombongan.., saya cuba tolak diaorang punya claim
4. Saya kata, air kan mmg H2O... acah acah saya pandai and recall apa cikgu sains ajar masa sekolah dulu
5. "Kalau oksigen banyak jadi H2Oooooooooo ker " ...tu lah kadang bila try hard sangat nak nampak pandai... jadi nampak bangang.... tu lah silap saya
6. So apa benda air Bubbles o2 ni ??? (Cc : Bubbles O² HQ)
7. Ini cerita pasal Kelurga Pn Rosmawati Marzuki...saya tak kenal mereka dan saya yakin mereka tak kenal saya. Tapi ni bukan citer pasal kenal ke tak…. Ni citer pasal apa dia buat
8. Dia ada idea dashat.... no no ... bukan idea nak jual air penuh oksigen
9. Idea dia lagi dashat dari bisnes kedai makan minum yang kita semua ada
10. Idea dia adalah nak bina Mahaad Tahfiz untuk anak anak Asnaf & Miskin tegar kat kampung
11. Dia nak buka Maahad Tahfiz ni supaya budak budak ni boleh ada tempat nak belajar Al Quran.
12. Jadi pelapis kepada barisan imam imam , bilal bila, dai'e dai'e, ustaz uztaz
13. Kita fikir nak bekalkan makanan kat jemaah masjid , sapu tender bulan ramadhan... Dia fikir nak supply kan barisan pemimpin dan pengerak aktiviti masjid.
14. Lain macam punya vision
15. Tapi manusia rancang... Allah ada rancangan lagi hebat
16. Masa baru buka Maahad Tahfiz ni..selalu takder air... tapi , masa nak bina tempat ni, contractor stresss… cucuk cucuk ceracak je keluar air banyak
17. fuhh jem weh ...leceh kalau duduk asrama takder air...saya dah rasa dulu
18. So dah tak tahu nak buat camner, diaorang fikir mungkin bawah ni banyak air….diaorang pun plan korek bawah tanah cari air.....Korek korek keluar air ... fuhhh padu beb
19. So dapat la air dari tanah untuk budak tahfiz.... Air bersih ..boleh buat mandi apa semua...
20. Tapi air yang keluar ni lain sket... dia mcm ada banyak bubble bubble... mcm minum air gas.... tapi ni natural
21. Tup tup... orang kampung lak putus bekalan air... So diaorang offer kat orang kampung... paip wakaf tu sampai hari ni ada...sapa nak air free gi je la situ....
22. Tak puas hati nak tahu pasal status air yang sekarang ni satu kampung dah guna...diaorang hantar air ni ke Makmal..takder tapis takder rawat…apa keluar dari tanah tu diaorang hantar
23. Terkejut bila dapat result... walau pun air ni tak dirawat dan di tapis... ada kandungan mineral semulajadi yang cukup utk jadi air mineral
24. Tapi bukan tu jer...
25. Ada benda lain
26. Bukan saka atau jin… tapi Air yang keluar dari mata air ni... akan ada bubble yang sangat banyak... (tu brand name jadi Bubbles o2)
27. Rupanya dalam air ni..ada kandungan oksigen larut yang sangat tinggi. Dan kat Malaysia, ini satu satu nya punca air semulajadi bawah tanah yang menghasil kan air mcm ni
28. Punya air mineral brand lain kena tambah oksigen dalam air..kat sini semulajadi dah oksigen nya banyak
29. Rezeki Allah dah susun untuk Maahad Tahfiz Al Ammar ni... so apa diaorang buat
30. Diaorang buat kilang elok elok kat tapak ada Maahad Tahfiz ni... Diaorang botolkan air mineral ni
31. Diaorang buat packaging acah acah hipster sket... takder langsung ciri ciri menunggang agama ke apa... Packaging dia mmg nampak mcm air mineral dari luar negara... Memang style habis
32. Dan diaorang start pasarkan ke seluruh negara
33. First time saya jumpa air ni kat Petronas...sekarang dah kat merata tempat
34. Lepas tu diaorang ni rajin buat branding & marketing...Hari tu nampak kat event lumba beskal...pastu skrang Sampai ke Moto GP pun diaorang involve... Nampak tak mcm mana diaorang buat brand positioning.
35. Air Sihat dia allign kan dgn gaya hidup sihat
36. Branding Power, Marketing Power, Distribution Power...and Product pun Power...
37. Dan hasil jualan air ni la yang menanggung operasi Maahad Tahfiz Al Ammar ni.... So segala yang power kat point no 36 ni adalah untuk tujuan yang lagi power. !!!
38. Buat saya rasa saya kecil halus mulusssssss sangat
39. So korang kalau nak beli air mineral lepas ni.. kalau nampak brand ni...Try la beli... tengok rasa dia mcm mana... Sambil menyokong produk tempatan yang hebat ni
40. Saya menulis tentang dunia F&B dan perkongsian pengalaman membangunkan perniagaan Chicken Royale saya. Follow saya untuk content cenggini lagi
41. Saya juga penyokong jenama buatan Malaysia… Saya harap korang sama sama sokong benda ni
#NazDaim
28 Nov 2023, 10.19pm
Dalam pada itu, menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Urusan Bubbles o2, Ain Azizah Arifin dipetik berkata, pihaknya mula terlibat dalam industri air mineral pada tahun 2019.
Syarikat juga turut melaksanakan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Produk air mineral itu kini boleh didapati di rangkaian pasar raya dan kedai serbaneka di;
- 7-Eleven
- Petronas Mesra
- Caltex XPressPoint
- Aeon BiG
- EMart24
- Eraman
Dalam pada itu, salah seorang ahli keluarga Marzuki, Rosmawati Marzuki menerusi catatan Facebook nya berkata :
JANGAN SAMPAI TERPESONG AKIDAH!!!
Betul ke air ni boleh sembuhkan batuk?
Demam ? asthma? penyakit ?
Maaf ya semua.. air ini bukan Penyembuh. Penyembuhnya adalah ALLAH..
Keunikan air ini, ianya terdapat kandungan oksigen yang sangat tinggi dalam air dan mineral yg baik utk sistem tubuh badan..
Minumlah.. baik tak baik itu kerja Allah..minta pada Allah penyembuhannya..
Jangan tersalah atau terpesong tauhid kita..
Ia sgtlah merbahaya.. air ini asbab shj. Sebenarnya jika Allah nak sembuhkan pun tak perlu kepada asbab.. semuanya atas kehendakNya..
Ramai feedback yang minum air ini, sembuh dan serasi, itupun kerja Allah. Bukan kerja sy n team..
Tugas sy n team hanya menyebarkan keunikan dan manfaat Bubbles o2 shj. Selebihnya kerja Allah..
Saya tak berapa pandai dalam penulisan, Allah yg menggerakkan utk menulis dan harap penulisan saya ini sampai mesejnya kepada semua..
Kisah kejayaan syarikat ini turut menarik perhatian ramai pihak dari raja hingga ke rakyat jelata termasuk pembesar negara
Tidak terkecuali bagi seorang pempengaruh Tik Tok popular Firdaus Firabib iaitu orang penting, Masjid Al Busyra, Merbok Kedah.
Berikut catatan beliau :
EMAS PUTIH
“Siapa ada air, dia yang berkuasa”
Sapa sangka dulu jenama ni rupanya milik orang Islam bahkan milik Maahad Tahfiz. The power of branding!
Logo, jenama dan design dia ramai kata milik syarikat dari Korea. Sekarang jadi pengedar tetap di seluruh station petronas dan lotus.
Tinggal sat cerita DUASWARP, sebelum bertolak ke Vietnam pagi esok kami ambik peluang mai ke Maahad Tahfiz Al Amar di Rantau Negeri Sembilan mai tengok sendiri tempat proses air Bubbles o2.
Masjid Al Busyra dah lama rancang nak wujudkan kilang proses air minuman sendiri. Nampak gaya dah nampak jalan nak kena mula balik!
Jom kita tonton kisah bagaimana perjalanan syarikat ini menerusi laman You Tube di bawah :
habis//
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay