Super admin . 8th Jan, 2024 12:31 PM
Cara jadi kaya mendadak ini memang ada jika anda punya angsa yang bertelur emas atau ada putera raja sunting anda jadi
isteri macam Cinderella. Tak pun jika dapat duit dalam bank secara tiba tiba
Baca ini : Tiba tiba RM49.2 juta masuk dalam akaun bank
Memang ada macam macam cara. Mahu tak saya bongkar cara jadi kaya mendadak ikut
gaya Jutawan Online, Irfan Khairi ?
Okay sebelum itu, jika belum Follow saya di Facebook, Tik Tok, Instagram atau You Tube, boleh follow Export Oversea Academy - UTHM okay
Okay Let’s Go
Ingin tahu cara IK, kita kena lihat apa nasihat beliau dahulu okay. Dalam satu hantaran IK di laman Facebook pada 30
Oktober 2019, beliau beritahu 6 perkara yang dilakukan orang ‘miskin’ yang orang ‘kaya’ tak lakukan
Sebenarnya, nak tahu cara jadi kaya mendadak WAJIB kena ubah mindset dahulu
IK gariskan 6 perbezaan cara berfikir orang ‘miskin’ dan orang ‘kaya’.
Mindset orang ‘kaya’ Vs Mindset orang ‘miskin’
1. Minda orang ‘miskin’ mahu bayaran ikut MASA ,
Contoh : kerja di restoran fast food terkenal, macam mana hebat kita buat burger pagi ke malam, lagi banyak MASA kerja lagi banyak bayaran.
Mindset orang ‘kaya’ pula mahu upah ikut hasil/kualiti/ result kerja.
Contoh : minda orang ‘kaya’ jika dia hasilkan produk atau bisnes, dia tak kisah berapa banyak masa dihabiskan untuk hasilkan kerja atau produk berkenaan.
Masa dia tak kisah, yang dia utamakan adalah HASIL adalah setimpal dengan usahanya
2. Minda orang ‘miskin’ suka main BLAME game.
Suka menyalahkan yang lain apabila sesuatu berlaku. Bukan setakat orang lain, hal
ekonomi, politik tak menentu orang minda miskin mereka akan kata jadi sebab kan bisnes down.
Termasuk juga salahkan kerajaan, lokasi bisnes tak sesuai, kenalan, keluarga dan nak
jatuhkan kita. Pesaing main harga
Minda orang miskin selalu salahkan orang lain, lepas tangan dan kata itu bukan salah dirinya, itu salah orang lain, benda lain.
Minda orang miskin kata kita tak boleh take actions.
Namun, minda orang ‘kaya’ mereka akan ambil TANGGUNGJAWAB dan akui kesilapan
Memang awal awal itu kita akan rasa down, tetapi orang minda ‘kaya’ akan ambil
tanggungjawab walaupun down oleh faktor faktor di atas.
Kerana minda orang ‘kaya’ akan ada kuasa untuk kawal dan lakukan sesuatu yang berbeza.
Buat perubahan ke arah kebaikan
3. Minda orang ‘miskin’ akan sentiasa BERJIMAT, kedekut dan menyimpan untuk semua perkara.
Tetapi akhirnya apabila orang minda ‘miskin’ berjimat pun, hanya dapat jimat sikit.
Memang ada orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit, memang betul.
Tetapi kalau mindset dalam keadaan scars atau tak cukup, ita asyik cakap simpan simpan simpan.
Masalahnya kita perlu create more income, kerana pendapatan yang tak banyak.
Minda orang ‘miskin’, dalam mindset mereka tak cukup semua benda.
Jadi berhati hati
Berbeza denga minda orang ‘kaya’ mereka akan sentiasa INVEST, invest
invest.
Bukan sahaja dalam pelaburan hartanah atau bursa saham tetapi invest pada ilmu, baiki diri.
Apabila invest pada diri sendiri, income kita akan selari dengan ilmu yang kita ada. Macam
IK, duduk 7 jam dalam kapal terbang sanggup beli tiket kelas bisnes berharga RM8,000
ke Dubai dari KL. Kenapa tak beli tiket ekonomi RM3,000, destinasi sama juga?
IK dapat INVEST pada diri sendiri dengan ‘beli’ masa dan IK ada ruang untuk buat kerja dalam pesawat
RM8,000 untuk tiket kapal terbang bagi tujuan bisnes pun dapat pelepasan cukai.
4. Minda orang ‘miskin’ TAHU SEGALANYA.
Minda orang ‘miskin’, mereka banyak bagi nasihat bukan untuk mereka sendiri.
Tetapi bagi nasihat kepada orang lain. Kadang kadang IK selalu nampak nasihat nasihat di luar sana.
Mereka kata bagaimana nak buat promosi, bagaimana nak buat bisnes, bagaimana nak cari pelanggan
Betul ke nasihat nasihat itu, orang itu ada pengalaman dalam bisnes tak? atau sekadar nasihat sahaja
Kita tak nak pemikiran macam itu, kita rasa macam tahu segala galanya, nak kongsi segala galanya
Minda orang ‘kaya’ pula akan sentiasa RASA KURANG ILMU
Sentiasa merendah diri, be kind dan jadi macam padi sentiasa menunduk. Kita akan
sentiasa cari ilmu untuk grow kan diri dan income kita akan grow juga. Kerana ilmu itu
sangat besar, luas dan banyak yang kita tak tahu sebenarnya
5. Minda orang ‘miskin’ anggap DUIT MEROSAKKAN.
Orang minda ‘miskin’ kata duit ini akan jadi punca kejahatan. Mereka akan rasa orang kaya
tak bagus, tak baik dan kalau dia sendiri pun jadi kaya, dia akan jadi tak baik, boros. Duit
akan merosakkan mereka dan segala galannya termasuk orang. Money is the root of evil.
Duit adalah negatif
Namun bagi orang minda ‘kaya’, DUIT MEMAJUKAN
IK kata duit akan hanya enhance/magnified seseorang itu. Kalau orang itu jahat dia dapat
banyak duit, dia akan jadi jahat. Kalau orang baik dapat duit dia akan jadi lagi baik
Sebenarnya, the lack of money is the root of evil. Duit adalah positif
Dengan duit dapat buat banyak lagi kebaikan di dunia ini. Orang minda ‘kaya’ rasa kalau
tiada duit, itu lagi merosakkan kerana akan jadi susah/ miskin.
Akan rosak kan kebahagiaan, punca kes curi dan ragut
6. Orang minda ‘miskin anggap segala galanya adalah NASIB. Mentaliti mereka fikir
kekayaan dan kejayaan itu adalah nasib. Mereka akan blame takdir
Namun, orang minda ‘kaya’ percaya takdir boleh diubah dengan USAHA. Takdir memang
ada, tetapi kalau tak usaha dan hanya cakap nak bawa bisnes ke Dubai. Tetapi IK tak
usaha buat bisnes 20 tahun lalu, tak akan jadi macam sekarang. Mentaliti orang kaya
memang fikir kena usaha, up to you , me. Kalau tak ubah nasib dengan usaha memang
takdir tak akan berubah.
habis//
BONUS - Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Nak Tahu Pasal Ebay ? Klik SINI
>>> Klik di SINI untuk INVEST belajar berniaga di eBay dengan kos yang MURAH & MUDAH<<