Super admin . 6th Feb, 2024 02:34 PM
Cara Menjual di eBay untuk Newbie 2024 ini untuk mereka yang masih blur dan tak tahu nak mula macam mana
Dalam panduan ini, anda akan belajar
1. Cara optimum kan penyenaraian eBay
2. Urus kos delivery dengan berkesan
3. Cari produk yang beri untung
4. Bina skor maklum balas untuk naik kan jualan
Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum mula menjual di eBay.
eBay Auction vs. Fixed Price Buy-It-Now listings
Pada 1995 eBay adalah platfom lelongan.
Kini, eBay benar kan penjual senarai kan produk dengan listing harga tetap.
Pembeli eBay tidak mahu tunggu 7 hari untuk lelongan tamat sebelum produk dihantar kepada mereka.
Sebab itu, eBay buat pilihan "Buy It Now", dengan tawar jaminan wang dikembalikan
Dan courage seller untuk offer FREE Shipping dan penghantaran terjamin .
Lelongan bukan sahaja rugi kan eBay malah penjual juga dapat kesan kerana :
Kurang indeks Google – Jika item diindeks Google ia akan dedah kan produk eBay anda kepada khalayak yang betul.
Malangnya, Google tidak akan letak lelongan cukup lama dalam hasil carian mereka.
Produk dilihat terhad – Oleh kerana lelongan ada tarikh mula dan tamat
Ia mungkin tidak sampai kepada orang yang lebih ramai ketika disiarkan secara langsung di eBay.
Bakal pembeli mungkin terlepas penyenaraian dan hanya cari produk selepas lelongan anda tamat.
Tiada Automasi – Lelongan perlu diuruskan secara manual.
Tetapi penyenaraian produk Buy It Now boleh diuruskan dengan Perisian automasi dan analitik eBay .
Jika anda mahu nyah kan produk dengan cepat, penyenaraian gaya lelongan mungkin pilihan terbaik
Namun jika ingin maju di eBay, penyenaraian Buy It Now adalah cara yang perlu dilakukan.
Di eBay, pengguna cari produk dalam 2 cara utama:
· suapan / eBay's Feed
· fungsi carian eBay / eBay's Search Function
eBay’s Feed
Suapan terletak di halaman utama eBay yang syor kan offer harian, item viral dan banyak lagi.
Orang sering semak dan imbas kategori ini untuk cari produk baharu yang mereka tidak pernah dengar sebelum ini.
Berikut ialah beberapa kategori yang ditunjukkan oleh eBay pada suapan halaman utama mereka:
eBay’s search function
Kebanyakan orang datang ke eBay untuk cari produk yang sangat khusus.
Ini terjadi apabila mereka manfaatkan fungsi carian .
Contohnya, jika saya taip ‘gitar elektrik’ ke dalam kotak carian, inilah yang saya lihat...
Perhatikan bahawa dalam hasil nombor 2 teratas (selepas yang ditaja), perkara berikut tertulis dalam listing:
· Penghantaran percuma
· Tarikh penghantaran terjamin
· Ulasan yang bagus
Perkara ini penting untuk diingat semasa optimum kan penyenaraian anda
Sebelum anda menjual di eBay, adalah penting untuk faham peraturan yang ditetapkan
Kegagalan untuk patuhi dasar eBay boleh akibat kan penggantungan akaun.
Masalah ini selalu terjadi kepada penjual baru. Saya syorkan anda baca semula dasar eBay sendiri
Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan untuk patuhi garis panduan
Hantar barang dengan cepat – Ramai pembeli semak anggaran tarikh penghantaran sebelum beli produk
Jika anda hantar lewat dari tarikh sepatutnya, ini akan buat reviews anda jadi negatif.
Muat naik tracking number – Pembeli memang tak sabar sabar nak dapat item yang mereka bayar.
eBay mahu seller kongsi tracking number dengan pembeli untuk beri pengalaman beli belah yang baik.
Dalam masa sama, hak anda juga terjamin, jika pembeli buka kes tuntutan, anda sudah ada bukti delivery
Jual secara beretika – Jika jual barang terpakai, jangan tulis item itu baharu.
Selesaikan konflik pembeli dengan cepat – Jika pembeli tidak puas hati, ini akan beri kesan buruk kepada eBay
Walaupun pembeli sengaja buat hal. Anda tak boleh biar kan isu itu begitu sahaja dan perlu buat yang terbaik untuk settle kan masalah
Sebenarnya, anda boleh halang pembeli yang problem ini dari beli di kedai eBay anda pada masa depan
Jangan jual beli di luar eBay – Ini memang langgar syarat eBay.
Jika pembeli mahu bawa anda ke WhatsApp atau Telegram, tolong jangan layan
Sila balas segala mesej di Chat Box eBay sahaja untuk tujuan rekod
Jangan listing item yang dilarang – Jika jual item dilarang, memang anda cari nahas dan jadi punca
akaun eBay anda kena suspend
Sila semak listing terhad dan diharam kan bagi seller eBay.
Pertama, pergi ke eBay.com dan klik butang "daftar" di bahagian atas sebelah kiri skrin.
Jika anda ingin daftar sebagai individu, hanya isikan medan nama pertama, nama keluarga, alamat e-mel dan kata laluan, atau daftar dengan Facebook atau Google.
Pilih akaun bisnes, klik butang "buat akaun bisnes" di bahagian atas halaman pendaftaran.
Akhir sekali, isikan maklumat yang diperlukan.
Pada Julai 2021, PayPal perlahan lahan dihapuskan dan penjual mula guna pilihan Payoneer sebagai payment gateway
setelah anda log masuk, klik "MyeBay" di penjuru kanan sebelah atas halaman utama.
Untuk tambah kaedah pembayaran pada akaun eBay anda,
Pada skrin seterusnya, klik butang "akaun".
Akhir sekali, klik "Personal Information" dalam menu di sebelah kiri, scroll ke bawah sehingga anda melihat bahagian "Financial Information"
Klik pada teks "kemas kini kaedah pembayaran automatik anda" dan ikut arahan.
Video ini akan bimbing langkah khusus untuk sedia kan kaedah pembayaran.
Tambah gambar profil, penerangan dan pilih nama pengguna yang baik boleh bantu tingkat kan jualan.
Cara edit profil eBay
Untuk edit imej profil dan penerangan, pergi ke "MyeBay", klik nama pengguna anda, dan kemudian klik "Edit Profile."
Username yang menarik adalah penting untuk jana jualan.
Jika anda letak username seperti "isellstuff2219", orang akan anggap anda kurang serius.
Situasi itu buat bakal pembeli sukar percaya anda sebagai seller
Untuk tukar username pergi ke MyeBay
Seterusnya, pilih "Account."
Akhir sekali, pilih "Maklumat Peribadi" dalam menu di sebelah kiri, dan klik "edit" di sebelah username anda.
Apabila pilih username kena ingat perkara berikut:
· Username eBay mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 aksara dan tidak boleh mengandungi simbol seperti @, &, ', {} atau <> dan tidak boleh ada ruang atau garis bawah berturut-turut.
· Nama pengguna tidak boleh bermula dengan noktah, sempang atau garis bawah.
· Anda tidak boleh guna URL tapak web atau alamat e-mel anda sebagai username
· Tidak boleh guna perkataan eBay dalam username, mahupun huruf “e” diikuti dengan siri nombor.
· Jangan guna nama bertanda dagangan.
· Nama yang menyinggung boleh disekat oleh eBay.
· Ramai orang di eBay, jadi mungkin ambil sedikit masa untuk cari username yang belum diguna oleh siapa siapa
Anda boleh tukar username setiap 30 hari, tetapi ia beri risiko pelanggan lama untuk cari semula anda di eBay
Ketahui pasaran anda
Pilih kategori yang anda pakar dan fahami pasaran anda dari perspektif pembeli
Ini akan bantu faham cara pembeli cari produk dan perkara yang mereka mahu tahu dalam penerangan produk.
Mulakan dari kecil
Banyak bisnes gagal kerana mereka telah berkembang terlalu cepat.
Ini, punca eBay letak had jualan pada penjual baharu – biasa nya sekitar 5 item sebulan.
Adalah penting untuk bermula dari kecil supaya boleh ambil langkah untuk urus pertumbuhan kedai eBay anda dengan berkesan dan cekap.
Luang masa anda untuk fahami cara eBay berfungsi dan jualan yang laris di platform.
Berbaloi untuk cuba sebelum putus kan sama ada bisnes ini sesuai untuk diri sendiri.
Jual item yang ada di sekitar rumah, atau beli clearance stock di pasaraya terdekat dengan anda dan jual semula di eBay
Uji sama ada barang itu laku atau tidak.
Ini penting untuk elak anda rugi apabila jual barang syok sendiri
Jangan beli stok bertimbun semata mata anda rasa produk itu boleh laku
Tanpa buat research jenis permintaan produk yang teliti dan tepat
Namun jika produk yang anda jual itu laku dan anda sudah faham apa yang pembeli mahu
Anda boleh terus kan usaha untuk jana lebih banyak untung
Jika ingin buat listing produk di eBay, kita mesti tahu apa produk yang hot selling
Cuba strategi ini
Senang kata, tak payah langgar tembok berdarah darah aduyaii nye pun
Mula mula, pilih kategori yang anda familiar dan minat. Contoh elektronik
Klik "Beli ikut Kategori" di bahagian atas halaman dan pilih kategori yang anda mahu
Jika tak jumpa menu, pilih "Semua Kategori" di bahagian bawah sebelah kanan menu.
Klik subkategori pada kategori yang anda pilih.
Sebaik jumpa, tapis hasil carian dan pilih kotak Item ‘Baharu’, "Beli Sekarang" dan ‘Free Shipping’ sahaja
Ini akan buang item tak berkenaan seperti item lelong yang cuma dijual sekali sahaja
Ramai Top Rated seller eBay guna Free Shipping untuk pikat pembeli
Akhir sekali, pilih produk yang mahu dibeli
Jika boleh, harga nya lebih daripada $10 dollar
Sebab nya, produk di bawah $10 tidak ada banyak margin dan tak untung
Anda kena ingat, jika barang $10 terjual, untung itu kena tolak bayaran eBay kena kan 10 % dan payment gateway 3 % , total 13 %.
Okay, kemudian pilih produk yang laris.
Apa sahaja item yang terjual sebanyak 10 unit dalam tempoh 30 hari , item ini boleh jual.
Tengok arrow merah, ada 1,489 sold untuk lihat kekerapan produk itu berjaya dijual,
Klik listing produk itu, dan klik 4,961 sold seperti dalam bulatan merah
Dengan itu anda boleh lihat history pembelian produk itu seperti di bawah
Seperti yang anda lihat, banyak permintaan untuk iPhone di eBay.
Okay, selepas itu, anda kena consider berat item yang mahu dijual
Jika lebih berat, maka kos shipping akan lebih mahal, ini akan kurang kan margin untung anda
Jual produk sendiri – Jika sudah ada produk sendiri untuk dijual di eBay, anda kena fikir cara urus inventori, delivery dan marketing di dalam dan luar platfom eBay.
Dropshipping - Dropshipping ialah model bisnes ramai penjual guna di mana mereka tak pernah sentuh produk.
Cara nya, anda buat listing produk di eBay, dan sebaik terjual, anda beli dari pembekal anda, yang akan hantar produk terus kepada pelanggan.
Penjual di eBay kerap jadi dropship untuk pembekal dari ChinaBrands , Doba, dan SaleHoo .
Retail arbitrage – Arbitraj runcit ialah sejenis dropshipping di mana anda guna inventori kedai eCommerce lain dan jadi kan mereka pembekal
Contoh dropshipping dari Amazon ke eBay, atau dari Walmart ke eBay.
Dropshipper jual barang di eBay, jika ada orang beli, penjual akan beli barang itu di Amazon, tetapi masuk kan alamat pembeli
Contoh, barang jualan adalah gitar, dijual di eBay sebanyak $200, tetapi di Amazon, gitar itu cuma berharga $150
Anda sudah dapat untung atas angin sebanyak $50 di situ.
Model bisnes ini berfungsi dengan baik jika guna perisian seperti SaleFreaks atau DSM Tool.
Clearance stock, jualan garaj dan barangan kedai runcit
Jika anda mahir lihat offer di jualan garaj atau kedai barangan runcit dan mahu buka kedai eBay pada skala yang lebih kecil,
ini boleh menjadi cara yang berkesan untuk jana income sampingan
Jual gift cards yang dibeli pada harga diskaun
Teknik ini boleh dipadankan dengan mana mana cara di atas.
Pada asasnya, anda beli gift cards berdiskaun dari tapak web seperti giftcardgranny.com atau cardpool.com
Kemudian guna gift cards ini untuk beli barang dan jual semula barang itu pada harga penuh di eBay.
Log masuk ke eBay, pergi ke halaman utama, dan klik "jual."
Seterusnya, taip produk yang anda cuba jual ke dalam kotak.
Semasa menaip, eBay akan beri cadangan untuk dipilih.
Jika anda tidak pilih mana mana, eBay akan tunjuk listing
kategori yang berkaitan dengan entri anda, seperti ini:
Penting untuk pilih kategori yang benar benar wakili produk anda.
Jangan pilih kategori yang tidak berkaitan
Jumlah views ini tidak bawa kepada jualan
Yang kita mahu adalah targeted audiens untuk lihat produk di kedai eBay kita
Selepas lengkap langkah ini, anda akan berada di halaman listing eBay.
Cara menjual di eBay adalah kena tahu cara terbaik tulis tajuk.
Kena ingat, tulis tajuk guna otak – bukan guna enjin carian.
Jika tajuk ditulis ada maklumat atau penerangan dicari bakal pembeli, ia lebih berpotensi di klik
Ini bermaksud, listing anda akan dapat lebih banyak views
Semasa tulis tajuk, masuk kan maklumat seperti jenama, model, warna, saiz, spesifikasi, keadaan atau apa apa info yang
mungkin berkenaan dengan listing anda.
Jadikan ia spesifik.
Ingat – tujuan tajuk adalah untuk tarik targeted audiens.
Perkara paling penting di eBay bukan lah bilangan orang yang views listing kita tetapi conversion rate.
Dari mata melihat jadi tangan membeli. Begitu bahasa mudahnya.
Contoh nya, jika anda mendapat 100 ‘mata memandang’ @ views dan buat 1 jualan, conversion rate adalah 1%.
Jika anda dapat 2 jualan dari 100 views, conversion rate jadi 2%.
Tulis tajuk spesifik, produk anda akan dilihat targeted audiesn yang memang cari barang yang mereka mahu
Ini akan hasil kan conversion rate yang lebih tinggi.
Anda tak perlu buat carian bulanan, daya saing kata kunci dan faktor lain.
Memang tak masuk akal nak kejar kata kunci seperti "iPhone" yang banyak dicari penjual lain.
Manusia suka visual. Jika produk anda ada di sebelah item pesaing yang ada foto yang lebih baik
Anda akan terlepas klik (dan jualan) kepada jiran anda itu
Amat penting masuk kan seberapa banyak foto deskriptif bagi nampak keadaan produk.
Jika anda jual produk terpakai dan ada kesan cat, tunjuk kesan ini dalam foto.
Anda juga boleh masuk carta dan grafik yang berguna jika perlu
Contohnya, senarai saiz pakaian
Kena letak diri anda sebagai pembeli.
Jika anda rasa masih tak dapat info yang diperlukan, begitu juga dengan bakal pembeli
Mereka mahu puas hati dengan info atau keterangan dari foto atau visual yang dilihat
eBay akan guna Details item dalam filtered search results
Apabila pengguna mencari produk di eBay, terdapat menu di sebelah kiri yang ada filtered khas untuk jenis produk.
Sebagai contoh, filtered untuk iPhone dalam arrow merah di bawah
Untuk isi details item ini, cuma klik butang "Tukar" dalam bahagian "Butiran"
Ketika buat listing dan isi details sebanyak yang boleh
Description yang menarik akan yakin kan pelanggan untuk klik dan beli produk anda dan jadi salah satu faktor cara menjual di eBay
Jadi hal ini memang penting.
Ini apa yang eBay pesan :
“Sertakan sekurang-kurangnya 200 perkataan salinan yang boleh dilihat dalam description listing
“Keyword yang paling penting disebut pada permulaan dan akhir.
“Masuk kan amalan terbaik buat content seperti guna keyword yang kerap dan format tulisan contoh nya huruf tebal, saiz font pada tajuk dan kata kunci @ keyword penting)."
· Masuk kan apa apa maklumat khusus produk yang diperlukan
Jika jual produk terpakai, anda kena beritahu siap siap apa benda yang rosak supaya pelanggan tak tuntut refund atau mahu pulang semula barang dibeli
Selain itu, jika anda jual barang seperti gitar elektrik. Anda kena beritahu buyer bahawa gitar elekrik perlu kan AMP.
Fakta ini anda kena beritahu siap siap dalam description
· Jadikan ayat pendek dan mudah untuk dibaca – Buyer tiada banyak masa nak baca semua perenggan maklumat.
Isi maklumat dengan cara yang mudah dan buyer boleh faham dalam beberapa saat. Guna bullet points.
· Tulis ayat menjual - Nak buat ayat menjual kena ada seni tersendiri.
Belajar seni menulis boleh naik kan conversion rate dengan ketara.
· Layari Cassini -Cassini ialah enjin carian eBay, dan ia akan lihat description dan buat keputusn letak di mana kedudukan produk anda dalam hasil carian.
TIPS diberi eBay : Jika nak ranking amal kan letak kata kunci pada permulaan dan akhir description produk anda.
Timbang 2 perkara:
· Harga produk pesaing.
· Margin keuntungan anda.
Hakikat nya, pelanggan eBay akan beli the best price.
Jika anda ingin kalah kan pesaing anda, anda perlu ada harga yang lebih rendah dari mereka.
Tetapi kena ingat, jangan letak harga ikut asal boleh.
Anda kena kira kira termasuk eBay insertion fees and managed payment fees
Kena ambil untung siap siap, jika jual harga yang murah dari pesaing
Itulah sebab nya penting untuk buat listing dengan formula jual barang dengan harga lebih tinggi tetapi still ramai yang sanggup beli di eBay!
Apabila tetap kan harga listing produk, eBay akan beri pilihan antara “Buy-It-Now”, fixed price listings, and an auction style listing.
Penetapan harga berasaskan lelongan sangat bagus apabila ada produk yang ingin dibuang dari listing dengan cepat dan
tak mahu fikir sangat pasal untung
Lelongan berlangsung selama 1-10 hari, malah jika ada luck boleh beri hasil lumayan
Jika ingin buat lelong, anda boleh letak harga rizab untuk letak harga permulaan yang rendah bagi listing anda
Tetapi eBay akan kena kan bayaran akhir tambahan untuk ini kerana peluang jualan terjadi sudah berkurang
Penetapan harga permulaan akan beri kesan kepada yuran nilai akhir.
Lelongan adalah cara paling terbaik jika anda punya item yang buat orang ramai sanggup berebut untuk membeli nya,
contoh nya barang koleksi yang jarang ditemui.
Cara ini juga sesuai jika and atak tahu nilai sebenar item itu
Pilihan ini adalah harga tetap.
Listing gaya ini akan benar kan lebih banyak urus niaga segera, dan lebih baik jika anda cuba bina jenama di eBay.
Apabila guna kaedah jualan harga tetap, anda boleh guna pelbagai alat automasi eBay untuk run bisnes
Tools ini tidak selalu tersedia untuk listing lelongan.
Yuran nilai akhir kaedah ini tidak berubah seperti listing lelongan.
Apabila anda jelas dan sudah tahu berapa fee yang akan dibayar pada eBay, baru lah anda boleh tahu anggaran untung dengan tepat
Ramai pembeli akan guna filter untuk tapis produk jualan yang hanya offer FREE SHIPPING
Buat apa yang anda boleh untuk tawarkan FREE SHIPPING untuk bakal pembeli
Sebagai penjual pula anda boleh tahu kos penghantaran produk ke rumah pelanggan dengan masuk kan maklumat berat dan saiz parcel
Untuk urus penghantaran barang, anda boleh offer pilihan delivery kepada pelanggan
Dalam masa sama, pelanggan boleh pilih untuk bayar guna cek, kiriman wang, tunai, akaun PayPal atau kad kredit.
Tetapi, hati-hati jika terima cek atau pembayaran kiriman wang.
Jika cek atau kiriman wang tidak masuk selepas pembeli dapat barang
Sebagai penjual, tak banyak cara untuk atasi masalah ini. So Careful ok!
eBay sedia polisi pemulangan barang untuk penjual seperti berikut:
· Tiada pulangan
· 30 hari, dibayar oleh pembeli
· Pulangan percuma 30 hari
· 60 hari, dibayar oleh pembeli
· Pulangan percuma 60 hari
Untuk jadi Top Rated Seller eBay, anda mesti offer sekurang kurang nya polisi pemulangan 30 hari dalam listing jualan
Seller ada pilihan untuk offer tempoh pemulangan 14 hari jika jual barangan dalam mana mana kategori di bawah :
· Koleksi & Seni
· Kamera & Foto
· Peralatan Perubatan, Mobiliti & Kurang Upaya
Selepas anda jual item di eBay, penting untuk uruskan penghantaran dengan cepat.
Pastikan butiran termasuk nama dan alamat pembeli tepat sebelum print label penghantaran
Penghantaran produk yang cepat dan selamat adalah cara terbaik untuk dapatkan maklum balas positif
Ini akan tingkat kan lagi daya tarikan di mata pembeli yang lihat listing produk di kedai eBay anda.
eBay telah cipta panduan untuk bantu penjual memahami amalan terbaik penghantaran
Namun pada asas nya, ini bergantung kepada kelajuan, kualiti pembungkusan dan perkhidmatan penghantaran
Pastikan anda sudah muat naik tracking number dari syarikat kurier untuk kemudahan pembeli
Selepas produk dihantar, buat susulan dengan pembeli, tanya feed back mereka
Jika mereka gembira, minta mereka buat review. Ini akan bantu akaun anda bertambah ‘cantik’ dan dipercayai.
· ✘ Elak abai dasar jualan eBay – tidak mematuhi nya boleh jadi punca account suspended
Jangan terlepas pandang kepentingan penghantaran pantas dan butiran penjejakan yang tepat – faktor ini memberi kesan ketara kepada pengalaman dan maklum balas pembeli.
Elak amalan penjualan yang tidak beretika, seperti salah nyata keadaan produk. Kejujuran adalah kunci untuk bina kepercayaan di eBay.
Jangan abaikan konflik pembeli; selesaikan isu dengan segera boleh halang maklum balas negatif dan tingkatkan reputasi anda.
Elak jual barang yang dilarang eBay untuk supaya akaun tak kena gantung
Semak secara kerap untuk patuh dan kekal dengan kemas kini dasar jualan eBay
Pastikan penghantaran tepat pada masanya dan tracking yang tepat untuk kekal kan pengalaman pembeli yang positif.
Kekal kan penerangan produk yang jujur dan telus untuk bina dan pelihara kepercayaan pembeli anda.
Secara proaktif tangani dan selesaikan konflik pembeli untuk kekal kan reputasi penjual yang positif.
Kekal ambil tahu senarai item larangan eBay dan kerap semak inventori anda.
Apakah kosnya?
Ramai penjual terus buat listing item tanpa nilai keuntungan jualan eBay mereka.
Jumlah kos untuk jual item di eBay bergantung pada beberapa faktor, seperti cara anda buat listing produk dan harga yang anda ingin jual.
Kos untuk jual di eBay bukanlah jawapan yang mudah, jadi saya syor kan guna Kalkulator eBay ini untuk melihat kos yang terlibat dengan penjualan produk anda.
Adakah lebih baik untuk menjual di eBay?
Keputusan untuk menjual di eBay atau Amazon bergantung pada matlamat anda.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, lihat artikel kami tentang menjual di eBay lwn Amazon untuk
menentukan yang terbaik untuk anda.
Akhirnya, berikut adalah kesimpulan yang kami dapat:
Anda harus menjual di eBay jika anda:
Ingin cipta jenama yang orang ingat dan tercari cari
Bersenang-senang dan produk unik untuk dijual atau sebaliknya. Semua jenama pun boleh!
Tidak takut untuk handle service customer dan logistik.
Ingin margin keuntungan yang lebih tinggi.
Mahu pembayaran segera apabila produk terjual.
Adakah masih boleh buat untung?
Ya mesti boleh. Anda boleh lihat di sini forum komuniti eBay ramai penjual buat untung hasil menjual di eBay.
Penjual yang berjaya ini telah ambil masa untuk faham apakah barang yang paling menguntungkan untuk dijual di eBay
Mereka guna cara ini dalam bisnes eBay mereka untuk meledakkan jualan
Namun, itu tidak bermakna ia mudah. Jika anda ingin dapat keuntungan dengan jadi seller eBay
Anda perlu pasti kan cara yang boleh buat untung.
Seller eBay tak boleh guna PayPal untuk terima bayaran di eBay.
eBay managed payments bersama Payoneer kini jadi pilihan untuk terima pembayaran dan urus yuran di kedai eBay anda.
Walau anda kena pilih eBay managed payments sebagai default payment method
Penjual masih ada alternatif lain seperti berikut:
· Skrill – Skrill ialah perkhidmatan pembayaran dalam talian yang diterima oleh eBay.
Mudah sahaja daftar disini. Customer beli item dengan kaedah pembayaran pilihan mereka dan kemudian diproses dan dihantar ke akaun Skrill anda.
· Terima kad kredit atau debit – Jika anda pilih untuk elak PayPal dan Skrill, kad kredit adalah alternatif yang terbaik.
Untuk melakukan ini, anda perlu ada internet merchant account– akaun bank yang boleh terima bentuk pembayaran secara online ini – dan beri eBay payment gateway account.
Walau eBay tidak charge bayaran untuk ini, anda perlu urus yuran pemprosesan kad kredit sendiri.
· Payment on Pickup – eBay benarkan penjual terima pembayaran secara bersemuka melalui cek, kiriman wang, tunai, PayPal atau kad kredit.
Hanya pilih pilihan ini semasa buat listing.
Namun, lagi sekali berhati hati kerana jika cek atau kiriman wang tidak clear selepas buyer dapat barang.
Anda ada pilihan yang lebih sikit untuk settle kan masalah ini banding jika bayaran guna PayPal atau kad kredit.
Atau juga boleh cuba Pusat resolusi eBay.
habis//
Artikel ini dipetik dan disesuaikan dari Zik Analytics
>>> Nak belajar eBay dengan Dr Zul ? klik sini<<<
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay