0

Loading ...

Cari duit online di Tik Tok 2024

cari duit online

Cari duit online di Tik Tok ? Mudah je, tapi sebelum itu, anda tentu perasan, ada nama nama besar dalam Tik Tok seperti

Ryan Bakery yang pernah jadi duta iklan Rancakkan Raya Petronas

Inilah benefit jika anda anda sudah ada ramai followers di Tik Tok hingga syarikat syarikat besar memburu anda, upah anda,

bukan ribu ribu, boleh cecah lebih lima enam angka, Fuhh

Sama juga dengan influencers yang tengah naik ketika ini seperti Rahman Chea dan Kanafly, anda perasan tak mereka

buat content di premis penaja sambil selit promosi jenama itu dalam lawak mereka

Itulah cara mereka cari duit online di Tik Tok. So saya harap dengan tips tips diberi ini dapat membantu anda untuk menjadi

the next Khairul Aming di Malaysia ini okay ! Good Luck

Cari duit online dengan pilih niche yang betul

Niche itu bermaksud kepakaran atau fokus dalam content kita atau sesuatu yang kita suka atau sesuatu yang kita minat

nak buat, contoh Niche paling mudah contohnya, makan, masak atau buat lawak

Supaya bila kita buat content lebih mudah kita jadi diri sendiri dan buat content asli dan dengan niche itu kita boleh bantu settlekan masalah orang ramai.

Contoh orang tak tahu kat mana nak makan sedap sedap, so kerja anda adalah pergi makan dekat kedai kedai yang best dan anda makan sambil buat review

Dalam masa yang sama jika anda buat content dan dapat audiens yang tepat, baru senang anda nak cari duit online dengan

convert followers anda kepada sales

Siapa customer anda? sudah pasti tokey tokey kedai makan atau produk berkaitan makanan yang perlu kan review, atau

boleh jadi siapa sahaja yang suka content anda

Cara buat duit online ? Jadi Key Opinion Leader

Key Opinion Leader (KOL) adalah ahli yang arif dalam industri atau bidang tertentu, contohnya seperti guru, peguam, pensyarah atau jurutera mahupun mereka yang ada pengalaman dalam sesuatu bidang.

KOL lebih banyak berinteraksi dengan para pengikutnya di dunia nyata dan sebab itu, pendapat dan cadangan yang mereka beri mudah dipersetujui pengikutnya.

Meski banyak berinteraksi di dunia nyata, tak mustahil dalam era ledakan media sosial ini, KOL juga ramai pengikut di media sosial bahkan sudah miliki personal branding yang kuat.

Karena kepakaran, kemampuan, pengetahuan, dan pekerajaan nya, maka kredibili KOL dalam bidang nya tidak diragui. Contoh macam Abang Lawyer Hafiz Baharuddin

Seorang KOL boleh jadi aktif sebagai influencer di media sosial dan ketika dapat peluang kerjasama dengan media massa termasuk TV, radio contohnya, maka tak mustahil KOL akan menjadi influencer.

Seorang KOL memiliki pekerjaan tetap mengikut kepakaran mereka di dunia nyata. 

KOL boleh mempengaruhi orang lain dan kemampuan nya ini menarik pelanggan baru, rakan kongsi perniagaan/penaja,

pelabur, peluang publisiti. Inilah cara buat duit online bagi seorang KOL di Tik Tok

Foto profil kena nampak PRO

Nak cari duit online di Tik Tok kena wajib buat anda nampak presentable, dipercayai.

Mesti nampak menonjol, dan bio mesti tunjuk siapa diri kita, apa yang kita buat dan macam mana mereka boleh bekerja bersama anda

Labur untuk dapat khidmat jurugambar profesional yang faham keperluan anda untuk buat bisnes online

Sunting audio dan video dengan bagus

Belajar bagaimana nak pancing orang masuk. Jadi mereka akan tetap dan kekal di video itu.

Untuk buat video yang berkualiti, lihat langkah di bawah

Kamera

Kamera DSLR, Mirrorless atau kamera HP adalah pilihan yang baik

Ciri-ciri kamera yang bagus antaranya

Size kecil, mudah bawa (penting!)
Screen boleh pusing 180 untuk mode selfie atau vlogging
Range lens yang luas dari close-up sehingga ultrawide
Mudah guna dan menu yang simple
Mode Auto yang hebat
Mudah transfer ke mobile untuk edit di app
Kualiti imej yang memuaskan
Audio yang jelas untuk rekod video
Fungsi video menegak (ig stories dan Tik Tok)

• Aplikasi Edit Video

Edit video guna aplikasi yang percuma dan tanpa watermark:

Capcut
VLLO
InShot
Quik
VN Video Editor
Vita
YouCut
VivaVideo
Video Guru

Gunakan Audio yang Sedang Viral

Perasan tak ramai orang di Tik Tok akan guna audio yang viral untuk recreate balik video ikut kreativiti masing masing

Dengan suara yang sama, content mereka mudah viral disebabkan audio asal adalah tajuk yang sedang jadi tumpuan dan trending di Tik Tok

Jika video viral lalu di page For You anda (Lihat kanan, sebelah atas, bahagian For You) dan klik bentuk bulat di bawah sebelah kanan Tik Tok anda, dan klik butang merah (Use this sound)

Peluang untuk anda viral seperti content creator yang lain akan terbuka luas jika content yang anda cipta semula dengan guna audio viral bersifat parodi, lawak, menambah ilmu, atau selesaikan masalah orang lain.

Atau anda buat parodi dengan sticth video yang sedang trending, macam Kak Aqilah kita tu.

Post 3 kali sehari selama 6 bulan

untuk pastikan Channel Tik Tok kita grow, tetapi jika itu masih belum cukup untuk tarik orang ramai jadi pengikut anda di Tik Tok,

sesekali sekala, anda kena buat tips ini iaitu CTA (Call to Action), kerana ada kemungkinan mereka yang suka lihat content anda, habis sahaja tonton video anda, mereka akan automatik swipe ke atas

CTA ini bersifat sebagai REMINDER kepada mereka, tengok macam Boss James buat, 'Guys Like, Follow, Comments and Share Untuk Tips Motor Seterusnya' katanya sambil menjengkit kaki dan tunjuk mini love

Ini juga salah satu cara kita interact dengan audiens kita di Tik Tok

Livestream ASAP

Sudah ada followers leboh 1,000 di Tik Tok, jadi anda automatik sudah boleh buat Live di sana

Anda kena rajin buat Live bersama pengikut anda, silap silap haribulan dapat pula duit online free dari gift gift mereka bagi, inilah

cara dapat duit online dari Tik Tok

Berikut 8 Tips untuk tingkatkan engagement dengan viewers di Tik Tok

Kolaborasi dengan influencer
Adakan sesi Q & A dengan viewers
Promosikan LIVE anda (buat sebelum LIVE)
Buat LIVE lebih 30 minit
Buat sesi Behind The Scenes sebagai content
Minta viewers bagi idea kerana mereka akan rasa lebih dihargai
Kena ada orang lain yang jadi moderator atau tukang balas komen positif atau delete komen negatif ketika anda sedang LIVE

Buat sesi LIVE dengan followers

Balas setiap komen

Jangan sombong. Ambil masa untuk balas komen terutama viewers yang beri komen positif pada anda, abaikan komen negatif atau block jika perlu untuk elak lebih banyak ruang negatif terhadap personal branding anda

Bila anda engage dengan followers, maka mereka akan seronok komunikasi dan tonton video anda dan ini akan tingkat kan engagement di page anda sendiri

Berkerjasama dengan content creators lain

Ramai influencer di Tik Tok buat perkara ini, dan mereka siap ada circle yang sama niche lagi

Kelebihan apabila influencer muncul dalam Tik Tok seorang influencer yang lain adalah mereka akan gain trust dari pengikut masing masing

Mereka siap buat produk dengan collaborate sesama mereka. Pengikut tegar pun apa lagi, pasti akan teracun untuk beli produk mereka

dan dalam masa sama, influencer ini akan dapat pengikut dari rakan influencer lain. Inilah antara cara buat duit online bagi mereka

Sebelum mereka jadi influencer, mereka macam anda juga, seorang content creator. Cuba tengok siapa circle Wan Chai di Tik Tok, anda pasti faham

Okay berikut adalah TIPS lain cara buat duit online di Tik Tok

Content yang anda buat kena selalu selesaikan masalah dan tambah nilai kepada orang lain, contoh bagi tips asah mata pisau bagi

tajam hanya guna mug ke, tips buat aiskrim Malaysia perisa tutty fruity yang warna warni tu ke, atau kenapa beli jam dinding tapi

selalu rosak, mungkin anda boleh kongsi tips kenali jenis bateri untuk jam dinding atau lain lain

Cipta saluran sosial - Linkedln, Facebook

Buat giveaways - bagi mendapatkan data bakal pelanggan

Capai 10,000 pengikut - buat semua yang saya tulis di artikel ini, Insya Allah anda boleh dapat lebih 10,000 followers di Tik Tok tahun ini Aminnn

Hanya buat video dengan durasi 1 minit 30 saat dan lebih sahaja

Kenapa? kerana Tik Tok mahu bersaing dengan Google dari segi SEO, supaya video itu padat dengan info dan orang akan mula bergantung dengan Tik Tok untuk mendapatkan info, dan Tik Tok akan push video panjang panjang ini, berbanding video pendek

Jika anda seller atau affliate, tolong buat CTA pada audines untuk sampai habis kerana jika anda jual barang atau produk, besar kemungkinan viewers akan swipe up di separuh jalan video itu

Tolong kreatif buat content yang berinfo, bagi tambah nilai kepada audiens dan masukkan elemen humor , jika mahu viewers stay sampai habis

Produk digital kreatif - buat ebook PERCUMA, atau panduan lengkap ilmu yang anda pakar dan jual untuk cara cari duit online dengan Tik Tok pada 2024 ini

Jika anda pandai tanam pokok, boleh beri ebook mengenai cara cara jaga pokok bagi newbies, yang penting anda dapat collect data audiens yang ada interest suka berkebun

maybe lepas ini anda boleh upsell dengan blast WhatsApp marketing untuk jual produk baja pokok tanpa bahan kimia berbahaya

Kerja dengan jenama dan penaja - Ini yang ramai influencer buat sekarang, sama dengan pendahuluan seperti di awal artikel.

habis//



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords