Super admin . 10th Feb, 2024 06:27 AM
eBay Account Suspended - Terbahagi kepada berikut :
Hold – Berlaku selalu nya kerana maklumat kaedah pembayaran anda tamat tempoh atau anda belum buat pembayaran.
Ini kerana, eBay mahu lindungi diri mereka dari hilang wang.
Biasanya untuk selesai kan masalah ini dan pulih kan penggantungan akaun eBay
Anda hanya perlu kemas kini maklumat pembayaran atau buat pembayaran sekali
Restriction – Sekatan akaun biasa nya ada kaitan dengan perkara seperti standard prestasi.
Jika anda tidak penuhi piawaian jualan eBay (seperti terima kadar kecacatan transaksi yang tinggi atau semakan yang rendah)
Mereka mungkin rendah kan kedudukan anda dalam hasil carian atau sekat anda dari jual item tertentu.
Suspension - Penggantungan akaun eBay ialah bentuk tindakan paling teruk yang akan diambil oleh eBay terhadap akaun.
Biasanya, ini berlaku untuk kes yang paling ekstrem, seperti jual barangan haram di eBay
Mengapa eBay gantung akaun penjual?
eBay mahu pastikan komunitinya selamat dari pembeli dan penjual yang tidak baik.
Jika platform penuh dengan pembeli dan penjual yang ingin menipu satu sama lain termasuk sistem, ini boleh jejaskan reputasi eBay.
So, eBay bagi melindungi jenama, mereka akan sekat akaun sesiapa sahaja yang tidak patuh garis panduan penyenaraian mereka.
Berikut adalah antara faktor yang paling biasa terjadi dan berkait dengan eBay Account Suspended
1. Isu bayaran
eBay akan hold akaun anda jika :
· Gagal bayar yuran penjual eBay (yuran tertunggak)
· Belum bayar kepada eBay untuk bayaran yang mereka buat kepada pembeli.
· Maklumat bayaran sudah lapuk.
Betulkan apa apa isu bayaran yang anda ada pada akaun anda.
2. Lewat hantar pesanan
Di eBay, lewat hantar barang pelanggan boleh menjadi isu besar.
Ramai pelanggan semak anggaran tarikh penghantaran sebelum beli di eBay
Jika anda janji item akan hantar dalam masa 7 hari, lebih baik dihantar pada masa itu.
Penghantaran item terlalu perlahan akan beri kesan metrik penjual yang lemah, ini jadi punca account suspended
Cara selesai masalah penghantaran lewat dengan eBay –
Hantar pesanan anda dengan cepat. Sebaik baik nya, anda harus hantar barangan anda serta merta selepas terima bayaran.
Malah lebih baik jika pembeli dapat terima barang mereka awal dari tarikh dijanjikan, mereka pasti lebih happy !
3. Lambat atau tiada tracking number dimuat naik
Jika kita jadi pembeli mesti tak sabar nak tunggu barang tiba kan, begitu juga pembeli di eBay
Sebab itu eBay kongsi butiran penjejakan dengan pembeli.
Beri info tracking number dengan cepat penting untuk pasti kan customer satisfaction eBay sentiasa terjaga
Jika seller gagal memuat naik info ini, eBay mungkin anggap tak boleh urus bisnes dengan betul atau anda tidak guna servis jejak penghantaran
Akhirnya, pembeli rasa tak best dan jadi punca akaun eBay anda suspended
4. Urus niaga bermasalah
Urus niaga masalah boleh jadi apa-apa dari silap kecil – seperti barang rosak semasa shiping
Atau isu yang lebih besar seperti menipu seperti jual item yang telah digunakan dengan jelas tetapi ditandakan sebagai “baru”.
Cara ini paling mudah jadi punca eBay Account Suspended
Jujur dalam perihal produk dan beritahu keadaan produk apa ada nya tanpa guna taktik jualan yang tidak jujur.
Jika anda jual item yang telah digunakan dan ada sedikit calar, nyata kan demikian dalam perihal produk jualan anda.
Tugas seller bukan semata mata mahu buat jualan, tetapi beritahu info yang perlu supaya pembeli dapat jangka rupa barang yang akan diterima.
5. Gagal selesaikan konflik pembeli
Jika customer hadapi masalah dengan item, anda perlu bersedia untuk tangani nya dengan cepat.
Inilah sebab mengapa eBay ada seller resolution center
Apabila anda terima kes, lakukan apa yang anda boleh untuk selesaikan nya.
Walaupun anda fikir customer itu tidak munasabah.
Adalah satu tindakan bijak jika anda baiki listing anda termasuk description produk
Supaya pelanggan jelas dan boleh jangka jenis barang termasuk kecatatan yang akan diterima
Ini bagi elak kes berulang
Jangan tampal nota kecil pada produk anda dan harap customer membaca nya description tambahan itu
Pembeli eBay tak mahu ambil kisah dengan hal itu kerana mereka sudah biasa dengan ekosistem eBay
Semua details dimahukan sudah ada dalam description produk sebelum mereka place order dan check out
6. Berkongsi contact info atau menjual di luar eBay
Menjual di luar platfom eBay adalah satu tindakan yang tidak dibenarkan dan confirmed eBay Account Suspended
Jangan cuba ber tindak bijak dari eBay dan anggap anda boleh jimat kos jika buat deal terus dengan customer tanpa guna platfom eBay
eBay sudah sedia kan kedai untuk niaga dan ada hak pungut sewa. Ini cara eBay cari makan
Maybe, pembeli ajak anda sembang tepi dalam WhatsApp atau Telegram, tolong abai kan
Sila komunikasi dengan buyer melalui Chat Box eBay sahaja.
Jika, anda masih berdegil, maka get ready, confirmed akaun anda kena sekata atau gantung
Apa pentingnya Chat Box eBay ini ? Di sini lah eBay boleh lihat bukti mesej antara penjual dan pembeli jika ada pertikaian
Inilah cara eBay jaga hak anda dan pembeli. Supaya tiada isu sesiapa dianiaya
7. Curi harta intelek
Dapat keuntungan dari idea lain atau bahan hak cipta adalah dilarang di eBay.
Anda tidak boleh guna foto atau perihalan penjual lain.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga tak suka ditipu, sebab itu eBay larang jual produk tiruan atau palsu.
Jangan ada sebarang niat untuk menipu pelanggan.
8. Listing barang terlarang
Listing item yang dilarang atau dihadkan untuk dijual di eBay jadi punca eBay Account Suspended
Jangan menjual apa apa yang menyalahi undang-undang di eBay.
Lihat senarai item terhad eBay sebelum buat listing item untuk pastikan anda tidak melanggar syarat eBay.
Berita baik, anda boleh dapat semula akaun eBay anda dengan bersikap jujur dan telus tentang amalan bisnes anda.
1. Fahami sebab akaun anda digantung
Untuk pulih dari penggantungan, penting untuk faham sebab anda digantung.
Selalunya, eBay akan beritahu anda mengapa dengan hantar e-mel kepada anda.
Tetapi, e-mel ini kadang kala beri jawapan samar samar seperti "kebimbangan keselamatan".
Jika ini berlaku, fikir kan kembali tindakan anda.
Adakah anda benar benar menjual secara jujur di eBay?
Apakah yang mungkin anda lakukan yang boleh dianggap oleh pembeli sebagai tidak jujur?
Ada ap apa yang anda lakukan yang eBay mungkin tidak suka atas sebab apa pun?
Ini mungkin sebab akaun anda digantung.
2. Ikut arahan eBay
Dalam e-mel , eBay biasa nya akan beritahu cara untuk pulih kan akaun anda.
Mereka juga akan beritahu tempoh penggantungan
Boleh jadi 7, 10 atau 30 hari. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menjadi tidak pasti
Keadaan ini sudah tentu buat anda gelisah dan susah hati kerana tak boleh buat bisnes eBay
Jika penggantungan ada tempoh masa yang ditetapkan, anda kena tunggu.
Tetapi tak bermakna, jika tempoh penggantungan singkat, anda tidak perlu ambil serius.
Cuba cari punca akaun anda digantung dan berusaha untuk selesaikan isu tersebut ketika akaun sudah pulih
Ini supaya anda tak alami lagi penggantungan yang lebih lama atau lebih teruk lagi – penggantungan yang samar atau tanpa had masa, entah bila tarikh tamat nya
Dengan penggantungan yang samar ini boleh jadi punca kepada tindakan penggantungan tetap
Jika ini berlaku, anda mungkin perlu tunggu hingga setahun lama nya, baru lah boleh anda dapat semula akan eBay anda.
Jika anda tahu penggantungan akaun eBay itu memang punca dari anda, anda kena tunggu tempoh setahun. Seperti peraturan eBay.
Namun, jika anda yakin anda tidak salah dan akaun digantung tanpa alasan dan eBay memang buat silap atau anda jadi mangsa jenayah orang lain
Anda boleh call atau emel eBay mohon lepas kan semula akaun eBay anda.
Tetapi, kena ingat, sekali pun anda yakin ini bukan salah anda, cuba semak sejarah akaun anda sebelum ini, pernah langgar peraturan eBay tak?
Rekod eBay tidak boleh ditipu ya, biasa nya tindakan penggantungan kekal seperti ini bukan kerana satu kesalahan sahaja
Anda mungkin pernah buat silap sebelum ini. Sebab itu, anda kena baca betul betul yang boleh dan tak boleh dijual di eBay.
Apa yang boleh dan tak boleh dibuat Okay.
Jika anda diberi peluang untuk dapat semula akaun yang digantung, eBay akan beri langkah langkah yang perlu anda buat untuk pulihkan akaun anda.
Langkah itu mungkin seperti anda kena ambil kuiz mengenai polis eBay supaya anda benar benar faham apa jenis kesalahan yang eBay larang seller buat.
Atau eBay minta dokumen untuk pengesahan identiti anda sebagai pemilik akaun dan lain lain.
Anda mungkin pernah dengar nasihat dari ‘orang berpengalaman’ di dalam eBay yang kata kan tindakan eBay ini sebenarnya sengaja nak cari pasal dengan anda
Bukan macam itu. Jika bisnes anda sah dan jujur, anda tidak perlu risau.
Goal utama sebagai seller, kita mahu jadikan eBay sebagai tempat cari makan dalam jangka panjang
Jadi, umpama mereka ini majikan kita, dan kita kena lah buat benda yang baik dan patuh peraturan ditetapkan majikan supaya sama sama senang bekerja.
Cara terbaik untuk bina kepercayaan eBay adalah tolong ikut arahan mereka untuk pulih kan semula akaun yang digantung.
3. Jika eBay belum pulihkan akaun anda, sila hubungi mereka
Jika semua permintaan eBay sudah dipenuhi dan anda sudah ikut segala arahan mereka termasuk sanggup tunggu ikut masa diberi eBay, tetapi akaun masih belum pulih,
Masa inilah anda kena hubungi eBay sama ada melalui telefon atau emel.
Sebelum hubungi mereka, sediakan maklumat berikut:
ID pengguna eBay anda
Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.
Nombor rujukan kes anda
Salinan e-mel yang mereka hantar tentang penggantungan itu.
Sebagai tambahan kepada dokumen di atas, anda kena tahu apa yang nak kena cakap
Buat sikit homework.
Semak dasar eBay yang berkaitan dengan kes anda yang mungkin berguna jika disoal oleh customer support eBay
Selain itu, bercakap dalam nada profesional dan tenang. Anda mahu customer servive yang jawab panggilan anda itu nanti, orang yang akan berada di side anda.
Tetapi jika nasib tak baik, panggilan anda dijawab oleh customer support yang kekwat, matikan sahaja panggilan itu.
Ya, letak terus telefon. Hubungi semula supaya dapat bercakap dengan customer support yang anda rasa okay.
Ingat, adalah penting untuk bersikap jujur tentang keadaan anda.
Akui kesilapan dan beritahu mereka bahawa anda sedar dan akan ambil langkah perlu untuk perbaiki kesilapan supaya tak berulang lagi.
Adakah penggantungan eBay kekal?
Dalam kebanyakan kes, tidak.
Jika akaun anda telah digantung, eBay akan hantar e-mel mengenai tempoh penggantungan dan langkah yang perlu diambil untuk pulih kan akaun anda.
Biasanya, tempoh penggantungan ialah tempoh masa yang ditetapkan selama 7 , 10 atau 30 hari.
Dalam kes yang lebih teruk, penggantungan tak ditentukan tempih nya, bermakna anda hilang semua keistimewaan jualan.
Hampir semua kes yang sama, bermakna anda tidak akan dibenarkan kembali ke eBay sama sekali.
Ini biasanya berlaku apabila akaun anda telah digantung tetapi masih tidak ubah amalan jualan
Ingat! Sebab itu anda kena belajar dari kesilapan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah lebih baik untuk menunggu.
Belajar dan betulkan kesilapan anda. Ikut sebarang arahan yang dihantar eBay dalam e-mel tentang penggantungan itu.
Bolehkah kita menjual semula di eBay selepas penggantungan yang tiada tempoh masa ini?
Penggantungan tanpa had bermakna anda telah hilang semua keistimewaan untuk menjual di eBay.
Sekali lagi, ini biasa nya berlaku kepada penjual yang langgar undang undang, jual barangan haram atau terlarang, atau tidak ubah cara mereka selepas digantung sebelum ini.
Jika anda tidak jujur ketika menjual di eBay, anda sebenar nya memang sengaja cari nahas dan perbuatan itu sebenar nya menutup pintu rezeki sendiri.
Sebaik sahaja anda terima penggantungan tanpa had, anda ada pilihan berikut:
1. Jika anda benar benar tidak buat apa apa kesalahan, hubungi eBay untuk batal kan penggantungan, tetapi penggantungan tanpa had biasa nya bermaksud mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan amalan bisnes anda.
2. Bila anda melakukan sesuatu yang salah, eBay mungkin akan beritahu akaun anda tidak boleh dipulihkan.
Dalam kes ini, tunggu kira kira setahun, kemudian hubungi eBay dan tunjuk kan diri anda yang baru, bahawa anda akan amal bisnes yang jujur dan akur dengan peraturan eBay
Jika eBay yakin anda telah benar benar berubah, Insya Allah eBay akan pertimbang kan semula kes anda.
Bolehkah saya membuka akaun eBay baharu jika akaun saya telah digantung?
Ya, secara teknikal, anda boleh buka akaun eBay baharu selepas digantung, tetapi saya tidak cadang kan perkara ini.
eBay ada sistem yang canggih untuk kesan aktiviti seperti ini, dan jika ditangkap, ini akan jadi punca penggantungan yang tidak ditentukan.
Secara praktikal nya, buka akaun baharu hanya akan tangguh kan penggantungan anda melainkan isu pengggantungan sebelum ini sudah selesai.
Jika anda buat juga dan tertangkap oleh eBay, kes anda akan berpanjangan.
Oleh sebab itu, adalah lebih baik untuk selesai kan masalah dari cari penyelesaian sementara.
~Bersambung~
Habis//
Artikel ini dipetik dan disesuaikan dari Zik Analytics
Credit photo : Medium
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay