Super admin . 2nd Mar, 2024 02:49 PM
eBay meraih pendapatan US 2.56 bilion dolar, mengatasi jumlah purata anggaran penganalisis sebanyak US 2.51 bilion dolar
Pendapatan itu terhasil dari peningkatan perbelanjaan pengguna semasa musim cuti termasuk dalam kategori refurbished goods dan alat ganti kereta
"Kami mula melihat bisnes kami bertambah baik menjelang akhir November, khususnya di Amerika Syarikat
“Ini didorong oleh pengguna yang mencari nilai untuk memanjangkan belanjawan percutian terhad mereka," kata Ketua Pegawai Kewangan (CFO) eBay Stephen Priest
Pendapatan eBay itu memberi impak terhadap saham syarikat berkenaan yang meningkat sekitar 4% dalam perdagangan lanjutan.
Keuntungan sesaham melonjak kepada US 1.07 dolar, berbanding dengan anggaran US 1.03 dolar sesaham.
Lembaga pengarah eBay juga membenarkan program pembelian semula saham tambahan US 2 bilion dolar (RM9.2 bilion).
Pasaran eBay mendapat manfaat apabila pengguna berbelanja besar di tengah tengah ekonomi yang melemah.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif eBay Jamie Iannone berkata, United Kingdom dan Jerman, alami pertumbuhan e dagang yang negatif
Terdahulu, syarikat itu mengurangkan kira kira 1,000 kakitangan nya, atau dianggarkan 9% daripada tenaga kerjanya bulan lepas
Syarikat itu menyertai pesaing gergasi e-dagang Amazon.com dan firma teknologi lain berdepan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu.
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<