Super admin . 4th Jan, 2024 02:02 PM
Ramai merungut liputan line telefon bimbit di negara ini kadang kadang memang teruk
Maybe lepas ini, korang boleh tenang tenang
Elon Musk datang jadi penyelamat, jika sebelum ini dia buat kerja gila
offer servis internet dari piring satelit Starlink nya
dan boleh diguna di mana mana even ceruk hutan Borneo
Kali ini, dia bercita cita mahu bina ‘menara telco’ di angkasa pulak
‘Menara’ ini boleh kan korang dapat internet di telefon bimbit terus dari satelit
tak payah dah nak bising bising, internet lembap lah, line takde lah
harap harap lah kan
Okay ikut laporan dari laman web siliconrepublic.com
Projek ini digelar sebagai 'menara telco di angkasa’ dengan satelit itu berfungsi untuk hapus kan zon mati internet di bumi
Seperti pengumuman T- Mobile , syarikat satelit angkasa lepas yang diketuai oleh Elon Musk itu, telah lancarkan set
pertama satelit Starlink dengan keupayaan 'terus-ke-sel', semalam. (3 Januari)
T -Mobile adalah rakan kongsi SpaceX dalam misi ini
Sebanyak 21 satelit dihantar ke orbit bumi rendah guna roket Falcon 9 dan enam dari nya ada keupayaan terus ke sel
Menurut SpaceX, ujian lapangan akan mula tidak lama lagi dengan rancangan untuk lancar servis teks mesej pada tahun
ini dan panggilan serta semakan imbas internet pada tahun depan.
Dalam pada itu, Presiden Pemasaran, Strategi dan Produk T - Mobile Mike Katz berkata syarikat itu mahu customer nya
sentiasa berhubung walaupun di lokasi paling terpencil.
"Pelancaran hari ini adalah detik penting dengan pakatan SpaceX dan rakan kongsi global kami di seluruh dunia, sambil
kami usaha untuk jadikan zon mati sebagai perkara masa lalu" katanya.
Menurut SpaceX, satelit itu akan ada upaya buat sambungan ke telefon mudah alih di mana sahaja anda boleh melihat langit"
Dalam siaran X, Elon Musk kata even projek itu adalah solusi bagus namun ia bukan lah pengganti yang kompetitif untuk
servis rangkaian selular di daratan ketika ini
LAH Pularrkkk
Pelancaran itu adalah ujian terbaru untuk servis satelit sebagai cara untuk hapus kan zon mati komunikasi di seluruh dunia, termasuk Ireland.
Pada tahun 2021, Black Valley di Co Kerry dan Knockawaddra di Co Cork jadi lokasi perintis dalam projek sistem satelit jalur lebar Starlink.
Dan pada 2022, Kesatuan Eropah lancar kan strategi komunikasi satelit nya sendiri, yang akan saksikan pelaburan
sebanyak €6 juta untuk cipta internet yang boleh dipercayai dan pantas di seluruh Eropah serta alih keluar zon mati komunikasi.
NAMUNN, walau servis satelit ini boleh tingkatkan sambungan di ‘titik hitam’ internet tertentu di bumi, jumlah satelit yang
banyak penuhi orbit rendah bumi akan jadi punca masalah di langit.
Menurut laman web penjejakan satelit Orbiting Now, ada lebih 8,000 satelit di orbit rendah bumi ketika ini
Kewujudan satelit pada asas nya boleh jadi punca kesesakan ‘lalu lintas’ di angkasa lepas, dengan mungkin berlaku
kejadian perlanggaran, gangguan dengan misi saintifik lain, satelit masuk semula ke atmosfera bumi, serpihan ‘sampah’
yang semakin banyak dan pencemaran cahaya. Ini akan beri masalah kepada ahli astronomi.
Pada Julai 2023, kajian antarabangsa juga dapati bahawa satelit Starlink SpaceX pancar kan "sinaran elektromagnet yang
tidak diingini" yang punya kesan buruk terhadap bidang astronomi radio.
Pengarang utama Federico Di Vruno berkata walau ahli astronomi sebelum ini ada teori tentang radiasi jenis ini,
pemerhatian terkini "sahkan ia boleh diukur".
Apabila EU lancar kan strategi satelit nya, Suruhanjaya EU turut cadang sistem Pengurusan Trafik Angkasa untuk tangani
isu isu yang berkaitan dengan peningkatan trafik angkasa dan pastikan operasi angkasa lepas kekal selamat dan orbit
kekal boleh digunakan.
Artikel di atas diterjemah dan disesuaikan dari : Space X launches first Starlink Satellites that can connect to mobile phones
habis//
BONUS - Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi kisah menarik di bawah
SpaceIn bukti kerja keras wanita besi
Nak Tahu Pasal eBay ? Tekan SINI