0

Loading ...

Irfan Khairi 'Perintis' Business Online Jadi Jutawan

Pasti tak ramai yang tahu Irfan Khairi yang dulunya dicanang sebagai perintis jutawan online Malaysia pada usia 25 tahun ini,

pernah bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasar raya United Kingdom dengan kadar upah paling rendah.

Eh, betul ke ni? Tapi ni gaji kat United Kingdom tau. Bukan kat Malaysia!

Dengan gaji sebanyak £3.50 sejam, iaitu kira-kira RM14 mengikut tukaran wang sekitar 1997 hingga 1998, beliau melakukan kerja

mencuci lantai dan tandas pasar raya dari jam 6 hingga 8 pagi bagi mencari wang sampingan.

Tekad Mencari Wang Sampingan Untuk 'Survive' Di Negara Orang

Sanggup beliau menempuhi kepayahan itu semata-mata untuk memastikan beliau mampu membeli buku motivasi dan kisah orang yang berjaya serta menghadiri seminar kejayaan.

Sejam selepas bekerja, Irfan bergegas mengikuti kuliah dalam bidang multimedia di Universiti Staffordshire.

Begitulah rutin hariannya sepanjang dua tahun pengajiannya di rantau orang.

"Masa tu, kalau hendak dikira, gaji yang diterima memang tak cukup untuk menjalani kehidupan di bandar besar.

beliau buat business online

Namun disebabkan mahu menghadiri seminar dan beli buku motivasi, saya sanggup bekerja sebagai tukang cuci," katanya. Selepas menerima ijazah, beliau tak lagi meneruskan kerja sambilan tu.

Kali ni bukan beliau mencari kerja, tetapi kerja yang mencarinya.

Akhirnya, beliau terpilih untuk bekerja sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat, Netmedia Education, di Birmingham, dengan gaji £1,400.

Bila dah kerja, life beliau dah senang sikit masa tu. Beliau bekerja waktu office hour dari jam 9 pagi-5 petang.

Bila ingat balik pada mulanya beliau buat business online sejak tahun pertama menjadi penuntut dan tukang cuci sambilan, tak ada keuntungan pun yang beliau dapat pada tahun pertama.

Tahun Ke-4 Beliau Buat Business Online Jadi Jutawan

"Sebab tu saya teruskan belajar melalui pembacaan dan kursus bagi memahirkan diri dalam business online ni.


Masuk tahun kedua, baru business online saya membawa pulangan," katanya yang menawarkan khidmat grafik seperti mereka bentuk kulit buku, poster dan kain rentang.

Tup-tup tahun keempat beliau buat business online jadi jutawan.

Sebenarnya beliau dah pun bergelar jutawan apabila berjaya mengumpul lebih RM 1 juta.

"Memang tak sedar kerana wang hasil buat business online saya hantar ke Malaysia.

Baru terfikir, apa saya buat selama ini berjaya dan saya berazam menyampaikan ilmu yang saya peroleh ini kepada orang di Malaysia," katanya.

Beliau yang bekerja tetap dengan Netmedia Education selama tiga tahun menyediakan sistem pembelajaran secara online untuk pelajar sekolah di sana.

"Kalau orang fikir dalam masa empat tahun saya mendapat RM1 juta itu senang, sebenarnya sangkaan itu salah.

Dari jam 9 pagi hingga 5 petang saya bekerja makan gaji. Selepas pulang kerja, saya menguruskan business online hingga jam 2 atau 3 pagi.

"Setiap hari dan sehingga sekarang, saya hanya tidur empat jam je. Namun saya tak kisah kerana saya rasa ia memadai.

Lagipun disebabkan minat, saya tak terasa kerja yang saya buat ini membebankan,"katanya.

Beliau yang turut menulis berpuluh-puluh buah buku ini telah memperkenalkan buku terbarunya iaitu Jejak Jutawan.

Untuk berjaya dalam business online ni banyak juga kena berkorban, tak keluar dengan kawan atau berhibur.

"Jika bosan, saya akan menonton wayang dan sesekali melancong. Namun bila melancong, saya masih membawa laptop dan cari hotel kerana business online ni boleh dilakukan di mana-mana, sekalipun ketika melancong," katanya.

Selepas menyedari wang hasil perniagaan internetnya mencecah jutaan ringgit, beliau melangsaikan hutang komputer riba yang dibelinya secara ansuran selama tiga tahun, cuma dalam masa setahun.

Sentiasa Upgrade Ilmu Ke Next Level Kunci Kejayaan Sebenar

Walaupun dirinya bergelar jutawan, beliau mengamalkan gaya hidup yang sederhana saja tak bermewah-mewah. Malah, keuntungan yang diperolehi digunakan untuk pelaburan dan membeli buku-buku dan kursus untuk upgrade dirinya ke next level.

Menurut kajian, kira-kira 98 peratus masyarakat tak sanggup mengeluarkan duit untuk memajukan diri,

manakala cuma dua peratus sanggup berbuat demikian dan mereka itulah yang akan berjaya."

Jangan sayangkan duit untuk 'topup' ilmu kerana proses untuk belajar tak pernah berhenti, walau di mana pun tahap kita sekarang.

LAGI CERITA IRFAN KHAIRI : Cara Jadi Kaya Mendadak Macam Irfan Khairi

Anak kedua daripada tiga beradik lelaki ini dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Bapanya pesara yang dulunya bekerja dalam bidang pendidikan, manakala ibunya suri rumah.

Disebabkan kerjaya bapanya, mereka adik beradik sentiasa ditekankan mengenai kepentingan pendidikan dalam kehidupan seharian.

"Kami tak pernah kekurangan buku dan bahan belajar. Sikap dan cara ayah yang rajin membaca dan bekerja menjadi contoh serta ikutan kami,"katanya.

Beliau berkata, sejak kecil beliau berminat dengan seni dan pernah melukis untuk majalah tempatan, kartun dan ilustrasi cerpen.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah La Salle, Ipoh dari darjah satu hingga tiga, beliau juga pernah bersekolah di Subang Jaya selama beberapa bulan semasa darjah empat sebelum mereka sekeluarga berpindah ke United Kingdom dan menetap tiga tahun mengikut ayahnya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran di sana.



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best