Jessica Sin Sook Kuan kata ramai tak ready nak bersara sebab...
Jessica Sin Sook Kuan, Penganalisis Pasaran Kewangan AxeHedge berkata ramai pekerja di Malaysia belum sedia untuk bersara kerana :
Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masa COVID-19
Paras hutang yang tinggi
Jangkaan hayat yang semakin panjang
Rakyat Malaysia ada risiko habis simpanan persaraan 19 tahun sebelum kematian
Kira kira 40 peratus pekerja di Malaysia tidak carum KWSP
Semakin ramai individu yang bekerja sendiri atau terbabit dalam ekonomi gig
Beliau berkata, untuk tangani isu itu Suruhanjaya Sekuriti (SC) akui keterjaminan persaraan perlu kerjasama pelbagai pihak iaitu pembangun dasar, inovasi produk dan pendidikan pelabur
Jessica Sin Sook Kuan saran supaya..
Untuk bina masa depan lebih terjamin dan selesa selepas bersara, Jessica Sin Sook Kuan saran :
Teroka alternatif pelaburan untuk pelbagai kan aset yang ada potensi beri high return
Imbangi risiko dan ganjaran sebelum labur.
Labur dalam dana awam atau swasta
Jessica Sin Sook Kuan berkata :
Benar kan aset diuruskan oleh pelabur profesional yang kena kan yuran pengurusan.
Pelabur profesional akan analisis trend pasaran, pilih aset dan buat penyesuaian portfolio.
Kaedah ini mudah untuk simpan wang untuk persaraan, kerana tidak perlu pengetahuan khusus untuk melabur.
Timbang Skim Persaraan Swasta (PRS), iaitu program simpan dan labur dalam jangka panjang
PRS tawar pelbagai dana dengan strategi dan peruntukkan aset yang berbeza
Labur dalam dana di bursa (ETF), mata wang kripto, sekuriti fixed income, hartanah dan saham.
Usia 65 tahun kena kerja sebab..
Jessica Sin Sook Kuan berkata kajian bersama Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Oktober 2021 di bawah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), UM, dapati :
Masih ramai dalam lingkungan umur 60 tahun kekal komited untuk bekerja
4.3 peratus dari 5,277 responden berumur 60 tahun ke atas punya kerja sambilan selepas bersara
Majoriti nya adalah pesara berkemahiran tinggi
Jessica Sin Sook Kuan berkata, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) cadang supaya :
Pekerja sektor awam dan swasta di negara ini boleh kerja hingga 65 tahun secara suka rela
Langkah ini untuk kurang kan tekanan ekonomi rakyat selain beri manfaat kepada majikan kerana punya tenaga kerja yang berpengalaman untuk jangka masa lebih lama.
Katanya, had umur bersara di Malaysia telah alami perubahan tiga kali
Pada 2001 had umur persaraan naik kepada 56 tahun
2008 dinaikkan lagi kepada 58 tahun
Masa 2012 ia dinaikkan kepada 60 tahun.
Artikel di atas dipetik dan disesuaikan dari Berita Harian