Super admin . 28th Jan, 2024 06:54 AM
Kisah suka duka peserta Bengkel eBaypreneur Export Oversea Academy di UNISEL Shah Alam pada 27 Januari 2024. Jom kita baca dan ambil iktibar bersama sama okay
“Dr mcm boleh baca fikiran saya pulak ya :) Sekarang keluarga sudah tiada sumber pendapatan, kewangan pun hampir kronik.
“Anak2 sedang belajar di UTHM dan USM, 2 lagi masih bersekolah. Secara jujur, ini langkah terakhir kami sebelum kami letgo harta yg ada (rumah setingkat) demi kelangsungan hidup.
“Saya yakin dgn program eBay idea Dr Zul dpt membantu semula memperbaiki ekonomi keluarga kami.
“Esok suami saya akan menghadiri kelas Dr Zul dan kami sama2 akan berusaha sehingga bisnes eBay kami berhasil.
“Mohon agar Dr Zul dpt memberi info, tips dan bimbingan kepada kami sehingga berjaya.Terima kasih.- Penghantar barang
“Saya single mum. Ade 3 org anak. Anak yg paling kecik umur 4 tahun. Tahun ni saya nak masuk kan anak tadika.
“Agak terhad utk saya keluar bekerja nanti. Sebab masa tu utk hantar dan ambil anak balik sekolah.
“Kalau saya dapat jana pendapatan dgn ebay ni, Mana la tau rezeki saya. Syukur alhamdulillah..dapat la saya support family saya.
“Dan at the same time, dapat uruskan family,” -Ibu tunggal
"Segan untuk saya maklumkan tentang perkara ini. Untuk makluman ayah saya telah didiagnos (untuk kali yang ketiga) dengan ketumbuhan otak (brain tumor) pada bulan 7 tahun lalu.
"Dr. memaklumkan bahawa tiada harapan untuk ayah sembuh & keadaan ayah makin hari makin merosot. Dengan berat hati namun rela, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja & menjaga ayah dan ibu (radang sendi).
"Saya cuba berniaga secara kecil-kecilan pada waktu malam menjual makanan (Yong Tau Foo) yang merupakan kedai ayah sebelum ini sementara menjaga ayah di waktu pagi.
"Untuk makluman saya akan berkahwin pada 31 Ogos 2024 setelah 2 tahun menangguhkannya kerana kesihatan ayah. Oleh kerana itu saya perlu mencari duit bagi mas kahwin & hantaran.
"Saya malu untuk makan hasil duit bantuan JKM ibu & Baitulmal ayah sekarang. Saya terpaksa menutup kedai kerana harus bersama ayah & ibu sepenuh masa di rumah.
"Sejujurnya saya tidak tahu tentang masa depan kami sekeluarga. Ini sedikit luahan hati yang saya tidak maklumkan kepada orang lain. Terima kasih - Penjaja
“Ayah saya meningal dunia tahun Lepas dan Kami tinggal bersama keluarga ibu saya. Ibu saya tidak bekerja.
“Makcik Dan pakcik saya menanggung kewangan Kami sekeluarga.
“Jadi saya ingin menjana pendapatan via eBay dan mengurang beban kewangan keluarga saya.- Student universiti
“Saya adalah ibu tunggal.saya ada seorang anak perempuan.umurnya 26thn.sedang cari pekerjaan.
“saya tiada apa2 pendapatan lain.suami saya meninggal dunia 2thn lepas krn serangan jantung.selepas 16hari suami saya meninggal ayah saya kena strok.
“selepas 4bulan ayah pulak meninggal.kini mak saya pulak bedridden.sakit lutut kronik tahap 4.Saya jaga mak.
“Ini lah ujian hidup saya tabah sahaja hadapi nya.di mana ada kemahuan di situ ada jalan. -Pembuat dessert
“Saya dibesarkan bersama abang saya dengan famili kami yang sederhana di raub pahang
“saya baru saja lepas berkawin sebulan lepas , abang saya sudah nak dekat 17 tahun dan masih lagi tidak ada tanda² zuriat
“kami ada masalah kewangan yang tak dapat dielak , seperti saya , untuk bagi nafkah isteri , ingin beli kereta pertama
“ingin jugak jika kesempatan untuk baiki motor yang berbagai masalah tapi masih lagi bawak untuk cari rezeki . disebabkan musim hujan
“saya dengan ada satu²nya kenderaan iaitu motor , terpaksa redah hujan yang lebat untuk memberi nafkah kepada isteri dan sara diri.
“saya baru saja duduk rumah sewa dari bilik sewa , kewangan untuk sara diri sangatlah tipis
“disebabkan itu saya berhasrat bersama abang saya , ingin menyertai program ini untuk menambahkan ilmu dan mengubah hidup kami kepada lebih baik
“kami jugak berhasrat untuk bawak kedua orang tua kami pergi ke Mekah untuk menuaikan haji buat kali pertama jika ada rezeki dengan eBay. insyaallah. -Pemandu lori
"Saya ada 9 orang adik beradik. 8 daripadanya adalah perempuan. Abang saya satu2nya anak lelaki. Selepas kematian arwah ayah saya, adik beradik saya hampir kesemuanya berpecah.
"Ada yg tidak balik , langsung tak menjenguk mak saya. Saya pulak baru habis belajar. Dalam keadaan terkontang kanting, tiada kenderaan. Jual kereta.
"Jadi saya Dan mak sayalah yg mencari nafkah untuk adik2 yang Masih lagi belajar Dan jugak dibantu oleh abang & kakak sulung saya.
"Meskipun mereka membantu saya & adik2 yang Masih bujang, saya juga kene memahami mereka yang telah berkahwin Dan mempunyai keluarga kecil.
"Jadi dengan menjual roti frozen kecil-kecilan inilah yang jadi sumber pendapatan kami. Walaupun tak banyak tapi tetap ada. Doakan saya sentiasa sabar Dan tidak putus asa. Sebab tak mudah nak mengharungi benda ni disaat kita tiada apa2. - Penjual roti
“Pendapatan saya mungkin dilihat seperti cukup untuk tanggung keluarga.
“Tetapi jika semua nya hanya bergantung kepada saya seorang tanpa pihak suami bertanggungjawab bagaimana nak terus kan persekolahan anak2.
“Susah jadi M40 sebab banyak juga bantuan tidak layak sedang kan saya ada kekangan kewangan.
“Harapan saya dengan buat business eBay ini nanti dapat lah saya buat simpanan yang lebih untuk persekolahan anak2 di masa hadapan.
“Harapan saya nak hantar anak2 ke sekolah tahfiz.”-Pekerja swasta
“Im the only person working in my house my husband having health issues and taking medicine at government hospital for anxiety..
“he unable to work coz of breathing issues.. I have 1 baby now he is 3 years..
“I was stuck in so many debts until I don't the way to come out.. with less salary I have no way to settle down the debts ..
“so many days we have no eat coz of no food I have apply for Bajikan now we received some grocery's from Infinity food bank.
“I have only way to learn ebay n survey. I rly wish encik zul can guide me,”-Pembantu akaun
“Masalah bermula pd mggu ke 2 Januari yg lalu apabila saya diberhentikan kerja serta merta dn beberapa team saya jugak terjadi Hal yg sama.
“Team saya telah di fitnah oleh pihak ( individu) ke 3 di mana dia mahu jwatan ( job) dlm project yg sedang kami buat ( oil & gas coating inspection) Job tersebut di bayar dgn harga yg tinggi so dia dn team dia Cuba untuk masuk dn kami mnjadi mangsa keadaan.
“Jadi team kami terus dibuang dr job itu dan tidak akan di terima sampai bila2 Hal ini sudah berlarutan dr tahun 2022 lg dn akhirnya rancangan jahat diorg berjaya.
“Jadi, untuk terus kan perjalanan hidup, saya ingin ambil peluang serta cabar diri untuk join ebay & actually dh lama saya nk mencuba ttapi xde masa yg sesuai so mungkin Kali ni peluang saya untuk saya grab.
“Memikirkan komitmen saya pun tinggi jugak la skrg, jadi saya perlu concentrate lbh lg dlm bidang baru yg akan saya buat nnt bila mane saya review ramai jugak yg berjaya so why not saya try.
“Means, untuk tahun ini dn akan datang, totally saya berubah 100% kepada bidang yg baru dn saya akan tinggal kn bidang yg lama setelah 20thun ++ berkecimpung dlm bidang oil n gas
“Harapan saya agar pihak tuan dpt bantu saya untuk menimba ilmu moga2 saya akan berjaya suatu masa nnt untuk family saya.-Freelancer
“hidup saya alhamdullilah mencukupi , saya nak buat bisnes ebay atas kehendak dan minat saya sendiri dalam perniagaan bagi membantu ibu saya
“ibu saya adalah seorang balu ayah saya meninggal 3 tahun lepas dan dia menyara kami sekeluarga
“ibu saya juga yang nak saya sambung study tapi saya risau kerana atas faktor kewangan dan adik adik masih belajar akan sukar kan lagi ibu saya
“saya tak kesah hidup saya tidak cukup makan tidak cukup pakai asal hidup keluarga saya terjamin
“bagi saya kelas dr zul ini merupakan langkah pertama saya di dalam dunia bisnes online ni dan insya allah menjadi punca rezeki buat keluarga saya
“saya percaya ape yang saya niat dan usahakan pasti berjaya . Allah takkan sia sia kan usaha hamba nya kan . terima kasih dr zul sebab sudi memberi ilmu -Graduan
“Saya bekerja dgn kawan sbgai kontraktor. Gaji bulanan dan jika dpt projek ada komisyen utk saya. Itu adalah perjanjian kami.
“Kisah bermula pada penghujung november 2022, saya ke klinik kesihatan kerajaan memadangkan sering demam on off, cepat penat, tangan selalu shaking dan cepat berpeluh (walau di tmpt beraircond).
“Dlm masa yg sama saya suspect saya ada tiroid memandangkan leher saya ada kebengkakkan. (Mak saya juga ada tiroid.
“Saya suspect yg sama). Semasa checkup, heart rate saya 157degupan/minit. (Normal 60@70degupan/minit), ECG test failed dan saya terus dikejarkan ke hospital by ambulance dan dimasukkan ke red zone.
“Pihak hospital risau jantung saya bengkak dan akan kacau organ yg lain. 25 jam saya di wad emergency.
“(5 jam di red zone dan 20 jam di yellow zone) saya dibenarkan balik. Saya bgtau kwn saya saya mohon cuti sebulan memandangkan saya kene berehat, perlu makan ubat jantung 2 kali sehari (ubat tu sgt mengantuk, makan confirm saya tidur sbb ubat tu nak redakan heart rate saya utk jadi normal mcm org biasa)
“Fast forward bulan 1 2023, saya pelik sbb dia tiba2 senyap je tak update pasal keje (kami setiap projek ada group wasap) sehingga la saya contact owner sendiri utk tanya status.
“Rupanya ada isu berlaku. Dia ambil duit tapi keje tak jalan. Allahuakbar. Saya setiap bulan akan ke hospital 2 kali sebulan utk amik darah dan checkup dgn doctor.
“Terus saya setting jumpa owner2 dan tgk site depan mata sendiri. Saya ajak kawan saya jumpa tapi mcm2 alasan.
“Dengan masa yg sama, saya tanya komisyen saya rm20k. Terus dia diam dan hilangkan diri. Rupanya bukan saya sahaja.
“Funder2 dan partner2 share yg lain semua dia tak bayar lagi. Atas alasan dia payment tak masuk.
“Saya tanya funder tu atas alasan payment projek mana yg dia kata tak masuk tu. Padahal semua claim projek dah dpt.
“Sbb saya yg buat report claim dan submit sendiri. Bulan 2 -4 2023, saya ambil masa utk redha utk move on, saya stay di kg .
“Ulang naik kl dari johor utk checkup. Saya fokus kt diri sendiri. Bagi sihat dulu sebelum start yg baru.
“Hari2 sehingga harini saya tak putus2 doa moga Allah dtgkan pertolongan buat saya. Bulan 5 2023, saya daftar SSM company kontraktor sendiri.
“Saving semakin surut. Sbb tak bekerja dari bulan 12 2022, buat iklan renovation, bulan 7 2023 saya buat tiktokshop.
“Walaupun komisyen sikit. Lepasla nak bayar bill telephone tiap bulan, hutang cuckoo coway.
“Bulan 9 2023 alhamdulillah ada client nak buat cabinet. Saya sapu je. Cari supplier yg boleh bagi murah.
“Saya cuba cari keje part time tapi tak banyak tmpt di sekitar rumah saya cari part time.
“If ada dorg nak muda (saya lebih 35thn) dan banyak nak fulltime (saya takleh bagi komitmen memandangkan masih ada appointment dgn hospital 2 kali sebulan)
“Sampai la bulan 12 2023. Tt Dr zul selalu lalu kt fyp saya, mungkin ada petunjuk dari Allah dan saya pun daftar.
“InshaAllah jumpa Dr 27hb nnt. Moga ada sinar buat saya. InshaAllah Aminnn aminnn yra.-Kontraktor
“Saya mencari sumber side income untuk kehidupan sekeluarga.
“Dengan income yang sedia ada agak sukar untuk tampung kos kehidupan yang meningkat dan laksana tanggungjawab sebagai ketua keluarga/anak dan yang paling penting nafkah isteri, bayar hutang pelajaran serta hutang lain2 tertunggak sekian lamanya (ptptpn,mara).
“Saya harap dengan ilmu saya pelajari ini mampu memberi sinar harapan baru dan janji untuk baiki hubungan keluarga kerana masalah kewangan dan bantu saudara yang berada diluar sana.
“Andai kewangan mengizinkan ingin juga menyambung pelajaran.Sebelum ini saya buntu mencari jalan keluar dengan kekangan waktu kerja di "warehouse".
“Alhamdulillah saya dihadirkan dengan "seorang" yang bijak pandai untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.
“Semoga dengan asbab usaha ini, Dr Zul dan pasukannya sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t dan ilmu2 yang dikongsi menjadi pahala2 yang berterusan yang tiada penghujungnya.
“Permintaan saya,saya ingin menjadi sahabat kepada Dr Zul. Ameen yaraabi alamin.- Pekerja swasta
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’
Momento Cafe bangkit dari episod duka
Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit
>>> Duduk Malaysia takpe janji gaji USD, klik sini<<<