Super admin . 28th Jan, 2024 07:20 AM
Dr Zul @ Dr Mohd Zulariffin Md Maarof berkata, bidang keusahawanan adalah jalan keluar yang paling cepat untuk capai titik bebas kewangan berbanding kerja makan gaji.
Pengarah Urusan Export Oversea Academy (EOA) itu berkata, seorang usahawan wajib ada ‘mindset’ dan semangat yang jitu untuk keluar dari kepompong kemiskinan.
“Selesai program eBayPrenuer Talk untuk warga pelajar UNISEL dan komuniti setempat area Shah Alam
“Terima kasih kepada peserta yang datang dari dan luar Shah Alam termasuk pelajar UNISEL di atas jemputan.
“Alhamdulillah sesi berjalan dengan lancar. Dunia keusahawanan adalah dunia yang mencabar dan bukan semua orang layak untuk jadi usahawan.
“Namun jika ada mindset dan semangat untuk keluar dari kepompong kemiskinan, dia pasti berjaya, Insya Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Talk eBaypreneurship di Dewan Pro - Canselor UNISEL di sini semalam. Hadir sama, Pensyarah Subjek Keusahawanan UNISEL, Azlia Jaapar.
Lebih 400 peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam terbabit dalam program anjuran EOA yang beri panduan lengkap untuk berbisnes melalui platfom eBay.
Dr Zul yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) berkata, ketika ini banyak jalan pintas untuk memasuki bidang itu.
Beliau berkata, seseorang itu tidak perlu kemahiran pemasaran digital yang banyak bagi menjadi seorang penjual yang cekap.
“Cukup hanya belajar jadi penjual di platform eBay dan Amazon sudah boleh dapat potensi capai pelanggan lebih 300 juta
pengguna untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.
“Sebabnya dua platfom ni adalah pasaran jualan e-dagang paling besar di dunia dan sebab itu Jeff Bezos dan Pierre Omidyar
boleh jadi billionaire
“Sebab di platform mereka itu, sudah bantu lahirkan ramai jutawan. Semoga program ini buka mata pelajar UNISEL dan komuniti
Shah Alam dan peserta dari negeri lain yang sanggup bersusah payah untuk mulakan langkah menjadi usahawan eBay dan Amazon.
"Masih belum terlambat, Better late than Never.Duduk Malaysia Takpe, Janji Gaji USD,” katanya.
Sementara itu, pengarah program berkenaan Muhammad Iqbal Samsulhadi, 20, berkata, sesiapa sahaja ada peluang sama
bagi raih pendapatan dalam USD melalui platfom e dagang seperti eBay dan Amazon.
“Sebagai pelajar, program ini dapat buka mata dan minda kami bahawa tidak semestinya kami perlu tamat belajar dahulu, baru
boleh buat bisnes ini, dari dalam bilik kolej pun boleh buat, macam Dr Zul lakukan ketika awal menjadi penjual di eBay.
“Ketika itu beliau masih seorang pelajar sarjana Matematik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan boleh jadi penjual
daun ketapang walau pun sedang belajar. Kami hubungi Dr Zul untuk beri ceramah kerana ia adalah tugasan wajib untuk kami anjur program usahawan.
“Ilmu yang kami perolehi sangat berharga bukan sahaja kami dapat belajar mengenai ilmu kepimpinan, kerja berpasukan
dan komunikasi, kami juga dapat belajar pasal eBay,” katanya.
Bagi pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Siti Sarah Najwa Mohamad, 20, berkata sudah sampai masanya pelajar institut pengajian tinggi yang bekerja sambilan, belajar eBay dan Amazon kerana potensi pendapatan yang lebih lumayan.
“Macam saya sendiri bekerja sebagai pembuat kopi di sebuah cafe kerana perlu kan wang tambahan bagi biayai hidup sebagai pelajar.
“Kadang kadang kita bekerja 8 hingga 9 jam sehari pada waktu cuti atau lapang. Dalam masa sama perlu belajar, jadi ia amat memenatkan.
“Dengan peluang oleh Dr Zul ini, kami dapat belajar ilmu baru dan harap dapat jadi seorang penjual eBay dan jadikan bidang ini sebagai kerjaya dengan pendapatan lumayan seperti Dr Zul,” katanya.
Bagi seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, dia berdepan situasi di tempat kerja yang toksik di Singapura dan berharap eBay jadi penyelesai masalah dihadapinya.
“Sebelum ini saya berniaga di sebuah medan selera di Cheras KL dan ketika covid melanda, habis segala wang simpanan kering sampai saya berhutang keliling pinggang.
“Jadi untuk selesaikan masalah kewangan yang teruk, saya ambil keputusan untuk cuba bekerja seorang diri di Singapura.
“Keluarga saya tinggalkan di KL demi mencari income yang lebih baik tapi cabaran dia sangat tinggi.
“Work environment yang sangat toksik, jauh dengan anak dan isteri dan macam macam lagi.
“Jadi saya perlu cari 1 solusi untuk ada bersama keluarga di KL di samping menjana income di eBay.
“Jadi saya berharap sebelum pulang ke KL, saya sudah boleh menjana income dan tak perlu lagi berjauhan dengan anak isteri,” katanya.
Bagi, peniaga yang mahu dikenali sebagai Fadhly, bisnes nya kurang menjadi dan terpaksa ikat perut demi menggembirakan anak dan isteri.
Katanya, percaya dengan bantuan Dr Zul dia mampu menjadi seorang penjual di eBay dan seterusnya dapat keluar dari masalah kewangan yang dihadapi.
“Saya rasa Dr Zul mampu beri impak untuk perubahan saya untuk lebih maju di samping itu boleh buka cabang baru untuk tambah rezeki.
“Dr Zul boleh terus bantu saya untuk tempuh ekonomi yang kurang menentu.
“Saya ada keluarga dan tidak mahu mereka dalam keadaan kesusahan pada masa akan datang.
“Jadi saya membuat keputusan untuk join Dr zul punya program selepas saya rasa yakin apabila Tiktoker Ahmad Faezal menyebut tentang Dr zul.
“Harap Dr zul dapat ajar saya untuk terus kekal dalam industri ini dan lagi satu bulan puasa dan raya hampir tiba jadi pendapatan sebagai peniaga minuman yg kecilan ini kurang memberansangkan.
“Seringkali saya ikat perut untuk mengembirakan anak dan isteri, jadi saya kena cari jalan untuk cepat bertindak untuk tidak mahu berada dalam situasi begini setiap tahun
“Kadang kadang banyak benda saya kena catu,” katanya.
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’
Momento Cafe bangkit dari episod duka
Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit
>>> Nak belajar eBay dengan Dr Zul ?, klik sini<<<