0

Loading ...

Minyak Herba Asmak terjual satu juta unit

Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak sudah terjual sebanyak lebih 1 juta unit sejak ditubuhkan pada sembilan tahun dahulu.

Pengasasnya, Nor Fazilah Abd Mohd berkata, banyak suka dan duka beliau tempuhi bersama suami, Mohd Selodi Md Ghazali hingga jenama nya mampu bertahan hingga ke hari ini.

Sebelum beliau ceburi bisnes ini secara sepenuh masa beliau terlebih dahulu tempa kejayaan sebagai master stokis emas sebuah syarikat ternama, bersama suaminya itu yang kini menjadi Pengurus Bahagian Pengeluaran dan Operasi.

Jom kita dengar apa coretan hati bekas guru matematik yang juga anak jati Bentong Pahang ini.

Pengasas Minyak Herba Asmak berhenti jadi guru

Ketua Pegawai Eksekutif Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) Nor Fazilah Abd Mohd berkata, beliau sangat

minat bidang perguruan namun terhalang dek trauma.

Katanya, beliau dimarahi dan dimalukan oleh seseorang di depan orang lain hingga jadi sebab terpaksa berhenti kerja secara mengejut.

Beliau berkata, dia kecewa kerana bakti nya kepada kerjaya perguruan dipandang sebelah mata sedangkan dia aktif

sebagai guru yang pegang pelbagai jawatan dan tidak berkira untuk keluar duit dari poket sendiri.

“Saya adalah guru yang aktif dan banyak pengang jawatan dalam sekolah dan biasalah, jika kalau ada apa apa, memang

saya terima macam macam kerja.

“Akhirnya saya berhenti kerja sebab bosan dengan sistem pendidikan yang buat guru buat banyak kerja kerja pengkeranian.

“Dalam mengajar pula saya akan ajar murid murid hingga mereka faham satu demi satu bab, jika mereka tak mahir, tambah

atau kali, saya akan panggil semua orang dalam kelas dan saya akan ajar seorang demi seorang.

“Namun satu peristiwa hitam buat saya berhenti kerja mendadak hingga saya trauma dan tak boleh lihat sekolah dan saya

akan mengelak dari jumpa rakan sekerja lain.

“Memang ada rakan rakan dan guru besar memujuk saya dan menyuruh saya ambil cuti tanpa gaji dan tukar sekolah jika mahu.

“Namun saya trauma hingga saya tinggalkan terus sekolah tanpa ambil apa apa barang dari meja,” katanya.

Usaha bisnes emas hingga bergelar master stokis

Nor Fazilah Abd Mohd berkata, lapan bulan sebelum beliau berhenti kerja sebagai guru pada April 2016, dia sudah mula

jual emas secara sambilan.

Katanya, walaupun begitu, dia tidak membawa bahan jualan ke sekolah pada sesi pengajaran kerana tidak mahu campur

adukkan bisnes dengan kerja.

“Saya tak mahu dipandang serong oleh orang lain dan tipulah jika saya tak lihat langsung pasal bisnes ketika di sekolah.

“Saya hanya akan buat bila saya ada waktu rehat dan hanya lepas pulang ke rumah baru saya akan tengok bisnes saya ini.

“Cuma kalau orang minta banyak kali baru saya bawa ke sekolah,” katanya.

Katanya, disebabkan sudah berhenti kerja, beliau fokus 100 peratus pada bisnes agen emas hingga berjaya capai status master stokis.

“Saya usaha sungguh sungguh sebab saya mahu lupakan trauma yang berlaku dan Alhamdulillah, saya dan suami berjaya

buat jualan sebanyak RM300,000 dalam tempoh 3 bulan,” katanya.

Belajar dari kesilapan

Beliau berkata, namun pada 2018 beliau ditipu penganjur skim cepat kaya hingga wang pelaburan sebanyak RM18,000 hangus.

Katanya, semua nya gara gara terpesona dengan kata kata manis penganjur, Etika Skim yang konon nya dakwa bank

simpan emas milik peserta.

“Bila dengar bank simpan emas kita, saya memang percaya tetapi rupa rupa nya habis emas kita dibawa ke pajak gadai dan

wang nya dilarikan.

“Memang saya kecewa hingga tak mahu bisnes emas selama setahun. Sampailah saya tertarik dengan satu artikel di sinar

harian mengenai emas.

“Penulis itu berkata dia membeli emas pada asalnya dengan harga RM400 tetapi selepas 10 tahun harganya itu naik

kira kira 10 kali ganda. Artikel itu membuatkan saya tersedar kenapa saya mahu berhenti dari bisnes pasal emas dan saya

pun mula buat semula baik baik,” katanya.

Minyak Herba Asmak wujud kerana skim cepat kaya

Beliau berkata, sebenarnya beliau tidak pernah bercita cita mahu menjadi pengasas produk kerana minat beliau pada mulanya hanya jual produk orang lain.

Katanya, detik hijrah diri nya bermula selepas pasukan menjual emas dan pelanggan mereka mula terpedaya dengan skim cepat kaya.

“Saya tiada cita cita untuk jadi pengasas produk tetapi kerana keadaan memaksa, bayangkan saya punya ejen jual emas seramai 500 orang ketika itu

“Ramai pelanggan dan ejen terpedaya dengan skim cepat kaya yang jual emas juga ketika itu sehingga pasaran rosak.

“Saya bertahan untuk tak terlibat tapi saya kena sabar dengan kehilangan pelanggan , mereka teruja dengan program itu tapi saya tak rela buat.

“Saya bagi kesedaran program itu tak bagus hingga makan tahun lamanya dan dalam waktu itu, saya terjebak dengan bisnes jual produk berasaskan herba,” katanya.

Pembekal mula tamak

Katanya, beliau didekati seseorang yang tawar kan nya untuk jual produk herba untuk masalah resdung, namun dia ambil pendirian untuk cuba dahulu produk berkenaan.

“Ada orang dekati saya dan katakan produk itu bagus dan sebagainya dan saya jenis nak cuba dulu dan kebetulan pada waktu itu saya ada resdung dan bila cuba, produk itu okay dan saya cuba buat bisnes produk resdung.

“Tetapi produk tu tak berdaftar dan saya pun ilmu bab ini kita kurang dan saya anggap bisnes itu sebagai sampingan sahaja,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan ada rakan rakan nya yang sudah kena tindakan dengan Kementerian Kesihatan (KKM), beliau menjadi lebih berhati hati hingga dirapati seseorang yang tawarkan nya untuk jual minyak herba.

“Saya dipilih oleh syarikat pembekal untuk jual produk itu. Alhamdulillah, walaupun ketika itu produk ini tiada KKM dan tak laku sangat, saya berjaya buat jualan hingga produk ini laris di pasaran.

“Tiba tiba pembekal jadi tamak dan buat macam macam termasuk buang harga. Saya ambil keputusan untuk buat formulasi sendiri dan cari kilang lain yang boleh buat minyak herba.

“Apa apa produk yang kami nak jual saya akan cuba dahulu sehingga saya puas hati macam Minyak Herba Asmak kali ke-11 baru saya dapat formulasi yang saya mahu,” katanya.

~bersambung~

Bakal menyusul kisah asal asul nama Minyak Herba Asmak dan tips untuk peniaga bertahan dalam bisnes walau jual minyak kampung

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Abd Dendeng konsisten LIVE



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords