0

Loading ...

Mohd Syahrul Ikmal Lupakan Politik, Pilih Jadi Nelayan Sungai

Mohd Syahrul Ikmal Abu Othman

Mohd Syahrul Ikmal Abu Othman, 29, pernah bercita cita menjadi ahli politik ternama di ibu kota

Namun, kini dia nekad melupakan kerjaya itu dan sekadar menjadi ahli parti biasa di desa

Padanya, biarlah dia berbakti dan mencari rezeki di tempat asal dirinya. Lebih aman, lebih selesa, kena dengan jiwa

Dalam masa sama, dia mahu pikul tanggungjawab sebagai anak berbakti kepada kedua orang tua yang semakin meniti usia

Berhijrah dari dunia politik yang penuh kelicikan dan muslihat, jiwanya kini tenang dengan menjadi nelayan sungai

Jom ikuti kisah pemuda yang juga pemilik Kedai Ikan Sungai Segar Jeti Kahang Batu 26 di Kluang Johor ini

Mohd Syahrul Ikmal gembira dapat doa dan peluk orang tua setiap hari

Mohd Syahrul Ikmal berkata, bila dia pulang ke kampung ini, beliau bukan sahaja dapat berniaga

tetapi dalam masa sama dapat luangkan masa dan berbakti kepada emak dan ayahnya yang kini berusia lebih 60 tahun

“Nikmat paling besar adalah boleh cium mak ayah kita. Ayah saya kerja sebagai buruh manakala emak suri rumah sepenuh masa

“Saya mempunyai sembilan beradik dan saya adalah enak keenam. Anak anak yang lain sudah merantau

“Berbakti kepada emak dan ayah ini adalah tuntutan agama untuk anak lelaki

“Bukan sahaja dapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Orang tahu saya macam mana di luar (kerjaya politik)

“Mereka mungkin tertanya kenapa tak pilih hidup di luar

“Apa yang saya boleh beritahu nikmat paling besar bagi seorang anak adalah dapat peluk dan cium orang tua

“Setiap hari rutin saya sebelum keluar cari rezeki saya akan peluk mereka dan mohon keredhaaan dan doa supaya Allah mudahkan urusan saya,” katanya.

Ikan Baung Dapat Permintaan Tinggi di Kedai Ikan Sungai Segar Jeti Kahang Batu 26

Mohd Syahrul Ikmal berkata, dia mengusahakan Kedai Ikan Sungai Segar Jeti Kahang Batu 26 dengan dibantu oleh 15 orang nelayan Orang Asli Suku Jakun

Katanya, antara ikan yang ditangkap untuk jualan termasuk baung kuning 916, jelawat, patin, tapah, lampam, pari sungai, temoleh selain udang galah

Katanya, selain membuka kedai di tepi sungai Kahang, beliau juga membekalkan hasil sungai itu ke Seri Kembangan Selangor dan Temerloh Pahang

Dalam masa sama, dia juga membekalkan ikan sungai ke sekitar bandar Kluang dan Johor Bahru

“Sebelum ini saya bekerja di bandaraya Kuala Lumpur dan aktif sebagai ahli politik

“Namun, kini selepas balik ke kampung saya mahu bisnes sebab memang minat

“Saya nampak Sungai Kahang ini ada potensi sebagai sumber pendapatan penduduk setempat

“Sebagai anak jati Kampung Sri Lukut, saya nampak kampung saya unik dari kampung lain sebab ada Sungai Kahang

“Ia jadi tumpuan pemancing dan saya nampak ia boleh dimajukan, jadi atas sebab itu saya jual hasil laut dan produk berasaskan sungai seperti pekasam ikan putih

“Ikan baung adalah ikan yang paling dapat banyak permintaan sebab ikan ini tak bertulang dan harga pasaran boleh cecah hingga RM35 sekilogram

“Biasa nya ikan ini sesuai untuk masakan asam pedas dan lemak cili api,  stim seperti halia atau limau

“Ikan lain yang banyak permintaan adalah ikan lais dan ikan sengarat, yang boleh cecah RM30-40 sekilogram di pasaran,” katanya

Binatang Buas, Haiwan Berbisa dan Kemarau Jadi Cabaran

Katanya, nelayan sungai biasa nya menggunakan kaedah gombang, jaring dan tajo untuk menangkap ikan

“Sebagai nelayan dan peraih hasil Sungai Kahang, kami meranjau sungai sejauh 30 hingga 40 kilometer

“Setiap minggu kami boleh dapat hingga 200 kilogram ikan baung dan 100 kilogram ikan ikan lain,” katanya

Mohd Syahrul Ikmal berkata, antara cabaran dihadapi oleh nelayan sungai adalahh terdedah dengan binatang buas dan haiwan berbisa

“Buaya, ular sawa dan tedung, malah gajah pun kami selalu terjumpa

“Bot saya naiki pernah terlanggar badan buaya, mujur tak kena libas

“Tetapi, akibat peristiwa itu, saya demam seminggu juga,” katanya kejadian itu berlaku kira kira enam bulan lepas

Beliau berkata, cuaca kemarau juga antara cabaran dihadapi oleh nelayan sungai kerana air sungai akan menjadi cetek

“Situasi itu menyebabkan bot tak boleh masuk ke kawasan cetek dan menyebabkan hasil tangkapan berkurangan,” katanya

Harap Sungai Kahang Dimajukan

Beliau berkata, berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan dapat memajukan Sungai Kahang sebagai produk pelancongan negeri

“Sungai Kahang ini sewajarnya dijadikan sebagai pusat pelacongan termasuk destinasi tarikan pemancing

“Saya berharap kerajaan dapat beri dana atau geran kepada belia di Kahang yang aktif sebagai nelayan

“Dalam masa sama, jika kami diberi bantuan mesin dan peralatan untuk menghasilkan produk berasakan sungai, itu lebih baik

“Antara produk yang boleh dibuat adalah keropok lekor ikan baung, dan saya sendiri pernah makan, rasanya manis dan isinya lembut kerana ikan baung tidak bertulang

“Begitu juga dengan produk keropok kering,selain ikan pekasam dan ikan kering,” katanya

Beliau berkata, berharap kerajaan dapat membina jeti khas untuk nelayan Sungai Kahang

“Macam saya sendiri, perlu bayar RM30 sebulan bagi tambat bot di sebuah jeti persendirian di Sungai Kahang

“Terdapat 20 belia Kahang yang aktif dan berdaftar sebagai nelayan darat

“Mereka ini termasuk orang Melayu dan Orang Asli Jakun dari Perkampungan Orang Puncur, Tewowoh dan Batu 26,” katanya.

Katanya, antara servis yang boleh diperkenalkan untuk tarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara adalah mewujudkan kelong penternakan ikan sangkar di Sungai Kahang

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best