0

Loading ...

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Momento' Cafe

Momento Cafe. Ada 1001 cerita bagi pemilik bisnes ini. Beliau pernah dituduh mampu memiliki cafe sendiri kerana jadi anak orang kaya.

Meski beliau dapat modal dari ibu nya untuk membuka cafe berkenaan, perjuangan untuk bertahan dengan ujian yang datang, bukan mudah

Kata kata penghinaan buat Pengasas Momento Cafe Setia Alam, Lisa Rahim, nyata tidak buat usahawan wanita ini patah semangat

Hanya kecekalan hati jadi azimat bagi wanita yang meminati sukan drift kereta ini untuk bangkit dan terus berjuang

Jom ikuti kisah jatuh bangun beliau dalam artikel di bawah, semoga dapat jadi inspirasi pada mereka bercita cita menjadi usahawan cafe

Momento Cafe konsep santai seperti di rumah

Lisa Rahim berkata, penubuhan Momento Cafe bermula ketika beliau masih muda dan tidak punya pekerjaan tetap.

“Saya bersama sepupu dan kakak ipar yang mula mula buat bisnes ini bersama hasil dari wang pemberian ibu.

“Ibu mahu membantu dengan memberi wang sebagai pelaburan kerana kami belum mempunyai kerjaya yang bagus

“Pada asalnya, kami mahu buka kedai ice blended biasa di kawasan Klang tetapi adik ipar yang turut serta kemudian beri idea pasal kafe.

“Jadi, bila kita brainstorming tentang konsep kafe. Saya mahu ia menjadi seperti rumah yang kita boleh berehat.

“Semasa zaman kanak kanak, selepas sekolah saya suka pesan makanan dari pembantu rumah.

“Sambil buat kerja sekolah saya akan hidupkan televisyen sementara menunggu makanan.

“Itulah sebabnya cafe kami ada banyak sofa sambil menikmati makanan yang lazat dan kemudian kita boleh buat kerja,” katanya.

Momento Cafe dilanda ujian

Lisa berkata, cafe nya bermula dengan fokus terhadap hidangan kopi istimewa, ice blended, pencuci mulut dengan hidangan utama cuma spaghetti carbonara dan bolognese.

“Untuk hidangan utama kami tidak mempunyai banyak pada masa itu hanya sekitar dua tiga hidangan seperti carbonara dan bolognese, standard yang kita temui di kafe biasa

“Momento Cafe bermula pada 29 Febuari 2013  di Setia Alam Seksyen U30, Shah Alam, Selangor

“Kini waktu operasi bermula dari 11 pagi hingga jam 11 malam. Pada awalnya, dengan pengalaman dan pengetahuan sifar kami redah sahaja.

“Kita try & error, kita cari menu di Google. Kami cuba, dan jika ada silap kaki akan tanya pendapat kawan dan keluarga.

“Selepas sebulan setengah kami membuka kafe. Dua partner saya putus kan untuk berhenti dengan alasan tersendiri

“Kemudian saya gerak sendir dan perlu jaga banyak perkara termasuk operasi, dapur, beli barang, urus akaun,

“Semua itu sangat penat dengan saya yang tiada pengalaman pada masa itu,” katanya.

Jika tak boleh, tutup sahaja Momento Cafe

Beliau berkata, tidak mahu hampa kan ibu nya yang sudah beri kepercayaan pada dirinya, dia berjuang dengan cari jalan selesaikan masalah yang timbul

"Jika anda tak boleh buat, tutup sahaja kafe itu’ kata kata dari ibu buat saya berazam tidak mahu bazir kan wang yang sudah dilabur.

“Walau rakan kongsi sudah meninggalkan saya dan ibu beri saya lampu hijau untuk tutup, saya tak patah semangat.

“Nasib baik saya ada pekerja part timer. Beliau adalah pelajar kulinari dan bantu saya susun menu menu yang kami mahu.

“Hingga timbul idea dari nya bahawa ada sebuah restoran di Damansara yang buat ramai orang beratur kerana ada killer menu sendiri.

“Jadi, saya dapat idea untuk olah menu sendiri hasil dari info dari pekerja saya itu dan berhasil cipta menu yang lebih kurang serupa dan serasa.

“Dari situ tercipta menu Spaghetti Chicken, menu terbaik kami di sini,” katanya.

Rasa seperti hamba dan takut dengan rakan kongsi

Lisa berkata, langkah jadi kan seorang chef Australia berketurunan Vietnam sebagai rakan kongsi bisnes akhir nya makan diri.

Katanya, sangat sukar untuk berurusan dengan partner nya itu hingga dia tarik diri dari menjadi rakan kongsi semasa tempoh percubaan

“Pelajar separuh masa kulinari itu letak jawatan dan saya dapat peluang untuk bekerja dengan seorang chef dari Australia seorang tukang masak yang cukup hebat untuk saya.

“Dia ada banyak pengalaman dan mahu jadi rakan kongsi Momento' Cafe. Selepas kami bincang, saya setuju.

“Chef itu introduce pelbagai menu namun saya dapati tahap masakan nya tidak konsisten hingga jadi sedap dan teruk.

“Keuntungan yang dia sasar kan juga tidak tercapai dan saya juga berasa sangat sukar untuk berurusan dengan nya kerana perangai nya.

“Saya telah menjadi seperti seorang hamba untuk dia, saya keluar beli barang dan bila balik, dia minta saya pergi beli barang lain dari tempat yang sama

“Pada satu ketika, saya sedar bahawa saya takut. Saya takut dengan perangai nya dan saya sangat letih untuk melayani keperluannya.

“Saya mula rasa tidak untuk terus kan perkongsian Momento Cafe dengan nya. Saya beritahu dia semasa tempoh percubaan nya. Jadi, saya masih sempat menolak persetujuannya,” katanya.

Pekerja Vietnam lari

Lisa berkata, sebaik rakan kongsi nya angkat kaki, dia sekali lagi terduduk kerana kakitangan di dapur tidak dapat latihan yang betul hingga beliau terpaksa ambil alih kawal semula dapur cafe nya itu.

“Saya lihat menu cuba cipta sendiri walau saya tidak ada latar belakang masakan tetapi, saya punya deria rasa yang kuat dan sensitif.

“Seorang chef untuk masakan asia diupah dan dari situlah Momento Cafe dapat gabungan masakan asia dan barat.

“Tapi, chef ini pun ada masalah, lepas pinjam duit saya, dia larikan diri.

“Kemudian saya hadapi lagi kesukaran lain, apabila dua pekerja Vietnam saya larikan diri bersama pasport mereka.

“Tetapi yang bagusnya, mereka ini kenal kan hidangan Vietnam dan menu Ayam Belado di cafe kami sebenarnya adalah ambil inspirasi dari masakan ayam mereka.

“Walau sebenarnya, Ayam Belado menu Indonesia,” katanya.

Lisa berkata, terkejut dengan berita yang diterima, dia bertindak apa yang mampu dan sekali lagi turun ke dapur menjadi chef

“Saya sangat terkejut pada masa itu dan saya bergegas ke cafe, tidak tahu bagaimana untuk handle bisnes pada hari itu

“Apa lagi saya segera berlari ke dapur dan angkat ayam beku sekitar empat kilogram untuk dicairkan ke dalam sinki.

“Saya mahu mula memasak untuk makan tengah hari dan masih menggigil. Masih tak tahu nak buat apa.

“Itu sahaja yang boleh saya fikirkan,” katanya.

Lisa berkata, selepas itu dia lah yang uruskan semua nya sendiri hingga jejas kan kesihatannya.

“Selepas itu, sayalah yang jadi tukang masak, buat minuman, latih pekerja baru, beli barang, urus akaun dan bersihkan tandas

“Saya buat semuanya. Saya sangat marah masa itu sampai ke dapat radang tekak selama 2 bulan,” katanya.

Allah kirimkan pekerja Bangladesh yang setia

Beliau berkata, akhirnya selepas lalui macam macam episod duka, Allah sampai kan pertolongan melalui pekerja asing, Bangladesh yang ikhlas bekerja dengannya.

“Selepas itu, saya dapat pekerja yang terbaik setakat ini. Selepas semua pekerja berpengalaman dan berkualiti hilang

“Saya hanya buat langkah demi langkah hingga semua stabil dan ada pengalaman dan bisnes dapat berjalan macam biasa hingga jadi lebih baik.

“Momento Cafe dapat ulasan buruk dalam Google Review kerana pelanggan tidak berpuas hati dengan makanan dan kami menerimanya,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, beliau tidak boleh terima kata kata mereka yang berkata buruk tentang pekerja Bangladesh nya.

“Saya mempunyai sebab saya sendiri untuk upah mereka kerana niat mereka memang untuk bekerja

“Mereka ada di sini apabila saya perlukan mereka. Saya pernah mengupah pekerja tempatan sebelum ini

“Tetapi apa yang saya dapati mereka mahu off day dan tak mahu kerja ketika waktu sibuk dan puncak,” katanya.

Bangkit ! jangan dengar kata negatif

Lisa berkata, beliau akui banyak kesilapan yang berlaku termasuk masalah kakitangan namun sangat tersinggung dengan kata kata, beliau ada kelebihan kerana anak orang kaya.

“Masih wujud orang mengejek saya bahawa saya dari keluarga kaya dan sangat tersinggung dengan kata kata itu.

“Saya pernah mendengar orang berkata sesuatu tentang saya. Jika mereka ada di hadapan saya, saya akan bertanya kepada mereka.

“Apabila pekerja Vietnam mensabotaj saya, dan melarikan diri. Bolehkah ibu bapa saya datang ke sini untuk memasak untuk saya? mencari pekerja, melatih mereka untuk Momento Cafe?

“Saya tidak fikir mereka boleh menjawabnya,” katanya.

habis//

Foto dan artikel ini diolah dari You Tube GFB Food Sdn Bhd

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar - 'Jangan Pakai Otak Sangat'



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best