0

Loading ...

Orinice kekal tradisi biskut raya

Orinice

Orinice. anda pernah nampak tak biskut raya jenama ini di pasaraya Mydin. Hah berita baik nya, anda jangan risau, biskut keluaran syarikat CTS Production Sdn Bhd sudah lama dapat sijil halal JAKIM.

So, boleh makan tanpa was was okay. Tambah menarik, pemilik nya Siti Fatonah Sukani pegang prinsip, biarlah penat menguli tepung, janji rasa asli dan kekal kan rasa zaman berzaman.

Jom kita hayati kisah jatuh dan bangun pemilik biskut raya Orinice ini yang kini sudah dipasarkan kepada 50 pasaraya Mydin di seluruh negara.

Orinice : Hasil air tangan

Siti Fatonah Sukani berkata, bisnes biskut raya Orinice ini adalah hasil kemahiran buat kuih muih yang dipelajari dari saudara nya sejak kecil.

“Saya tak pernah pergi kelas cara buat biskut tetapi belajar buat biskut dari kakak sepupu ketika berusia 12 tahun

“Setiap kali raya beliau buat macam macam biskut seperti makmur, bangkit dan kebetulan saya seorang sahaja anak perempuan, emak suruh saya bantu dan belajar dengan kakak sepupu.

“Sampai lah ke tingkatan 5, setiap kali raya kami ambil tempahan biskut raya seperti biskut oren, sarang semut dan lain lain,” katanya.

Wanita yang punya lima anak itu berkata, sebelum ceburi bisnes kuih raya ini beliau terlebih dahulu buat bisnes nurseri pokok di Sekinchan, Selangor.

Anak jati negeri Selangor itu berkata, peralihan bisnes itu tak dirancang kerana apa yang bermula dengan bisnes sampingan menjadi besar selepas beliau terima tawaran dari Mydin.

“Waktu itu jika lapang saya akan buat kuih raya dan jual secara suka suka. Saya buat tart nanas, bangkit dan Almond London bagi orang makan.

“Pada mula nya saya jual kepada kawan kawan dan jadikan ia sebagai income sampingan.

“Pada 1998 ketika itu bisnes nurseri pokok tak bagus sebab negara alami kegawatan ekonomi dan ia kuat kan lagi alasan untuk fokus bisnes kuih raya ini.

“Saya juga pernah pergi kursus usahawan dan tanya pendapat usahawan terkenal iaitu Allahyarhamah Datuk Maznah, dia nasihat kan saya supaya pilih salah satu sahaja.

“Saya tanya beliau adakah boleh dua dua nak jalan terus,dan beliau kata lebih baik buat bisnes yang lebih okay, tinggal salah satu dan buat sampai jadi.

“Katanya, dua tiga bisnes dalam satu masa, selalunya tak berjaya, serentak tak boleh, kena tumpu salah satu,” katanya.

'Orinice' datang dalam mimpi

orinice

Beliau yang belum ada kata putus ambil keputusan untuk buat solat Istikharah dan kemudian, beliau dapat mimpi baik selama 7 hari berturut turut.

“Saya solat istikharah pada setiap malam sekitar 1 pagi selepas selesai solat tahajud dan pada tiga hari berturut sebenarnya saya sudah dapat mimpi baik.

“Mungkin ini kebetulan, dan saya teruskan lagi hingga 7 hari, dan mimpinya tetap sama.

“Saya alami mimpi bahawa bisnes makanan saya laris sangat dan sebab itu saya nekad tutup bisnes nurseri dan teruskan bisnes kuih raya.

“Alhamdulillah sampai sekarang bisnes ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, dari bisnes nurseri pokok hingga bisnes Orinice, suaminya tak terbabit kerana punya kerja sendiri, namun tetap beri sokongan kepada diri nya.

Orinice dapat offer dari Mydin

Siti Fatonah Sukani berkata, ujian adalah satu fitrah dan beliau juga tak lari dari berdepan cabaran di dalam bisnes.

“Semasa bisnes nurseri dahulu, cabaran saya adalah saya selalu pergi sekolah untuk buat jualan dan ketika dibuka nurseri saya dapat sambutan.

“Namun pada 1998, kegawatan ekonomi beri impak pada bisnes itu kerana waktu itu orang lebih fikir mahu beli makanan dari perhiasan

“Jadi pendapatan saya mula susut dan nak jadi cerita, kedai di sebelah saya terbakar, dan jadi punca pokok pokok mati kerana terkena haba

“Saya rugi lebih RM30,000 dan tuan kedai datang minta maaf kepada saya kerana kejadian itu.

“Saya cuma ucap Inalillahwainnailahirojiun dan saya doa jadikan musibah itu pahala dan berilah ganti yang lebih baik dari itu.

“Tak lama selepas itu, Orinice dapat offer dari Mydin untuk jadi pembekal kuih raya di semua pasar raya nya.

“Masa itu pun kami sudah ada Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Alhamdulillah sejak itu, sudah lebih 20 tahun kami kekal di Mydin,” katanya.

Kongsi rezeki dengan IKS muslim lain

Katanya, beliau juga hadapi saingan harga namun percaya kualiti dan rasa produk kuih Orinice yang kini cecah 30 jenis,

akan dicari pelanggan setia.

“Kami akan pasar kan kuih raya ke 50 pasar raya Mydin di seluruh negara pada bulan puasa dan memang agak mencabar.

“Namun bersyukur kerana kami dapat bantuan dari peniaga peniaga IKS lain untuk penuhi pesanan itu dan kami ibarat

berkongsi rezeki bersama sama.

“Sampai sekarang, produk kuih raya kami masih kekal konsep home made dan walau pun kami ada saingan dari syarikat

bukan Islam yang jual kuih raya lebih murah dan guna mesin.

“Produk kami tetap kekal kan cara dan rasa tradisi dan saya percaya jika kita jaga soal kualiti ini walaupun harganya mahal

sedikit, pelanggan yang sudah rasa akan tetap terus beli walau ada biskut raya lebih murah,” katanya.

Siti Fatonah Sukani berkata, syarikat nya juga tidak ketinggalan untuk pasar kan biskut raya Orinice melalui media sosial.

“Cabaran bisnes guna pos pun ada juga. Kami pernah terima aduan biskut hancur jadi debu walau pun sudah bungkus baik dan tebal.

“Kini kami maklum kan siap siap pada pelanggan ada biskut Orinice seperti tart nanas, samperit, kuih kapit adalah produk

risiko tinggi untuk hancur jika pos

“Jika mahu, mereka boleh bayar secara tunai pada pemandu lori kami yang akan tunggu di satu satu lokasi kerana dalam

perjalanan hantar kuih ke tempat tertentu.

“Sebagai peniaga memang kita kena kreatif,” katanya.

Tanggungjawab dunia akhirat

Namun, tidak kira apa sahaja dugaan yang datang, beliau anggap sebagai asam garam dalam hidup

Kerana, sebagai peniaga Islam beliau tetap mahu tanggungjawab tunaikan tuntutan fardu kifayah

“Selepas saya tukar ke bisnes kuih raya, ada cabaran lain yang saya hadapi seperti harga pesaing.

“Namun sebagai orang Islam sudah ada panduan yang perlu dilakukan umat nya.

“Saya cuma fikir niat berniaga Orinice ini kerana Allah dan saya sahut tuntutan fardu kifayah ini, kerana sedia kan makanan

halal adalah satu kewajipan buat umat Islam.

“Kita ada kepandaian yang Allah beri dan akan tiba satu masa nanti di depan Allah kita akan disoal kepandaian kita ini

digunakan untuk apa.

“Ini tanggungjawab dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata, beliau buat bisnes bukan kerana mahu kaya, pada nya, jika ada rezeki tidak akan ke mana, yang penting

sudah berusaha dan bertawakal kepada Nya.

“Allah bagi rezeki, mustahil kita umat Islam tak dapat rezeki, sedangkan orang bukan Islam pun Allah beri rezeki,” katanya.

Bersaing secara sihat, jangan guna cara kotor

Ketika ditanya apa rahsia kejayaan Orinice yang boleh dikongsi, beliau berkata, apa jua bidang bisnes wajib berkorban masa dan tenaga selain perlu jujur serta sabar.

“Jika tidak jujur, sabar, amanah memang tak boleh dan tidak akan ada kejayaan sebenarnya.

“Bila kita pegang duit kena ingat bukan semua itu duit kita. Kerana dalam rezeki kita ada hak orang lain, insha Allah jika faham, keberkatan rezeki ada.

“Kita kena sungguh sungguh usaha dan tawakal kepada Allah. Amal puasa sunat Isnin dan Khamis, solat dhuha.

“Rezeki ini bukan duit sahaja tetapi menyeluruh termasuk kesihatan, keluarga bahagia. Solat Tahajud, insya Allah dipermudahkan kekuatan kita dekat dengan Allah,” katanya.

Beliau berkata, orang muda yang minatuntuk buat bisnes perlu sahut seruan fardu kifayah supaya ekonomi diri, keluarga dan masyarakat berkembang.

“Bersaing secara sihat. Allah sudah tentu kan rezeki kita cuma kita yang nak sambut atau tidak.

“Kalau orang lain boleh bangun pagi, kenapa kita tidak ? lebih baik kita sambut rezeki itu.

“Jangan salahkan rezeki orang lain. Jangan kata dia merampas rezeki saya.

“Allah bagi sama rata, kita kena perlu berusaha bersaing secara sihat dan jangan guna cara kotor,” katanya.

Beliau berkata, atas pengalaman nya yang pernah bersekolah aliran Cina, beliau belajar mengenai kekuatan ukhuwah bangsa itu yang jadi kekuatan mereka dalam bisnes.

“Walau mereka tak bantu beri duit tetapi kawan kawan mereka bantu datang makan di kedai kawan yang lain dan tak menghina. Semangat bangsa mereka ini kuat,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords