0

Loading ...

Cara listing barang di eBay untuk saiz, warna dan harga berbeza

Cara listing barang di eBay. Apabila anda mempunyai item yang serupa dengan variasi yang berbeza, anda boleh kumpul kan nya di bawah satu listing harga tetap.

Jenis listing ini adalah untuk item yang mempunyai variasi tersendiri.

Oleh itu, anda boleh offer pembeli produk tertentu dengan pilihan yang berbeza seperti saiz, warna, lebar dan lain-lain

Ini dipanggil listing dengan variasi.

Mengapa kita perlu listing dengan variasi?

Menambah variasi pada listing membolehkan kita kumpul kan item yang berkait rapat di bawah satu listing.

Contohnya, jika menjual kasut, kita boleh buat listing tunggal dengan berbilang variasi untuk saiz yang berbeza.

Listing dengan variasi menjadikan carian lebih mudah untuk pembeli

dan beri penjual cara berstruktur untuk beza kan antara item yang serupa dalam listing harga tetap tetapi berbilang kuantiti.

Kebanyakan kategori ada variasi listing

Tetapi jika pilihan ini tidak ada semasa kita mahu buat listing jualan ada kemungkinan listing dengan variasi tidak ada untuk kategori yang kita pilih

Apakah Item Spesifik ?

Semasa buat listing di eBay, kita harus tambah butiran item seperti jenama, saiz, panjang, lebar, tinggi, jenis, warna, gaya dll.

Ini adalah ciri Item Spesifik yang berfungsi sebagai kata kunci deskriptif

Ciri ini akan bantu listing kita dipaparkan dalam carian yang betul di eBay.

Item Spesifik yang dilengkapkan dengan betul akan jadi punca listing kita akan lebih dilihat oleh bakal pembeli.

Terdapat dua tempat di Seller Hub , MyeBay dan aplikasi di mana kita boleh lihat listing aktif milik kita yang tiada Spesifikasi Item .

Cara listing barang di eBay : variasi vs item tunggal

Jika anda jual item yang hanya berbeza beberapa ciri, adalah lebih baik untuk pilih listing dengan variasi dari guna listing item tunggal, 

Ini lebih mudah untuk pembeli dan penjual.

Listing dengan variasi lebih berkesan apabila pembeli cari produk tertentu, tetapi belum pilih nak warna atau jenis apa

Pembeli boleh lihat semua pilihan yang dipaparkan di satu tempat dan ia meningkatkan peluang pembelian.

Listing dengan variasi akan halang bakal pembeli kita dari cari  kedai lain.

Sebagai contoh, jika ada yang mencari item dengan saiz tertentu tetapi kita pula guna listing tunggal

Bakal pembeli rasa tak best dan fikir kedai eBay kita tiada produk yang dia cari

Sudah pasti mereka akan cari seller yang lain.

Kos listing dengan variasi adalah lebih rendah dari listing tunggal kerana eBay tidak caj sebarang bayaran tambahan 

Ia akan jadi lebih berkesan jika kita buat, contohnya, satu listing dengan 10 variasi berbanding buat 10 listing tunggal berbeza

Listing dengan variasi boleh meningkatkan trafik ke kedai kita dan jenis listing ini ada sejarah jualan yang lebih baik.

Rekod membuktikan listing dengan variasi boleh meningkatkan kejayaan kita sebagai penjual.

Cara listing barang di eBay : Ikuti petua ini

Jangan tambahkan item yang sama pada listing item tunggal dan listing dengan variasi.

Atau dalam kata lain, jangan jual item yang sama dalam 2 kategori ini

Pertimbangkan listing dalam satu kategori sahaja.

Jika kita pilih untuk listing dalam 2 kategori, pastikan dua listing itu boleh buat listing yang ada variasi.

Gunakan variasi yang sesuai untuk item tersebut.

Jangan buat listing tunggal dengan variasi tetapi dalam nya ada produk berbeza kerana konon nya mahu berjimat dari dikenakan bayaran oleh eBay

Ini langgar dasar eBay dan jadi punca pengalaman carian dan pembelian yang buruk.

Cara listing barang di eBay : contoh listing dengan variasi

Setiap listing boleh ada 5 jenis variasi dan hingga 50 pilihan.

Contohnya, jika kita jual kasut, 5 jenis variasi nya adalah warna, saiz, lebar, bahan dan gaya.

Setiap variasa itu boleh ada hingga 50 pilihan iaitu 50 warna berbeza, 50 saiz berbeza dan sebagainya.

Berikut adalah salah satu contoh cara buat listing di eBay yang ada variasi

Cara listing barang di eBay. 

Berikut adalah salah satu contoh cara buat listing di eBay yang ada variasi

Listing untuk iphone ini ada ciri variasi :

a) keadaan

b) Penyimpanan

c) Warna Pembuatan

Dan setiap jenis variasi ada nilainya ikut apa yang tinggal dalam stok.

Sebagai contoh, jenis variasi Keadaan mempunyai pilihan Gred A — Cemerlang dan Gred D — tersedia.

Ia juga ada nilai variasi Gred B dan Gred C, tetapi pembeli dapat lihat seller kehabisan stok seperti gambar di bawah : 

Cara buat listing di eBay

Ia juga ada nilai variasi Gred B dan Gred C, tetapi pembeli dapat lihat seller kehabisan stok seperti gambar di bawah : 

Lebih banyak contoh listing dengan variasi:

Listing untuk baju wanita boleh jadi berbilang item dari jenama dan gaya yang sama

Ia boleh berbeza ikut saiz dan warna (seperti "Besar, Biru" dan "Sederhana, Hitam").

Listing untuk langsir tingkap boleh ada berbilang item dari jenama yang sama tetapi berbeza ikut warna, panjang dan lebar.

Senarai untuk kayu golf juga boleh ada pelbagai item dari jenama dan model yang sama

tetapi berbeza dari segi ketangkasan, bahan batang, kelenturan batang, dan ketinggian.

Bagaimana untuk buat listing dengan variasi?

Berikut adalah variasi untuk listing baharu:

1. Klik buat listing di Seller Hub.

2. Pilih listing tunggal dalam menu (dalam kotak merah)

Cara buat listing di eBay

2. Pilih listing tunggal dalam menu (dalam kotak merah)

3. Cari kategori yang betul untuk item.

4. Pada halaman penerangan listing, masukkan semua butiran.

5. Klik butang Cipta variasi.

Cara buat listing di eBay

5. Klik butang Cipta variasi.

Jika tidak lihat butang variasi, ini biasa nya sebab:

Listing dengan variasi tidak tersedia dalam kategori khusus ini.

Variasi hanya berfungsi dengan listing harga tetap.

Listing dengan variasi tidak berfungsi untuk listing gaya lelongan.

6. Scroll ke bawah halaman dan pilih Harga tetap untuk Format dalam bahagian Butiran jualan.

7. Selepas klik butang Cipta variasi, lihat halaman variasi.

Cara buat listing di eBay 

7. Selepas klik butang Cipta variasi, lihat halaman variasi.

8. Tambahkan jenis yang kita mahu muncul pada halaman listing dan pilih setiap ciri ikut stok yang ada.

8. Tambahkan jenis yang kita mahu muncul pada halaman listing dan pilih setiap ciri ikut stok yang ada.

9. Semak variasi untuk pastikan inventori sepadan dan tepat dengan kuantiti yang dipilih

Boleh padamkan variasi yang tiada inventori.

10. Tambah gambar (sehingga 24 keping untuk setiap variasi).


10. Tambah gambar (sehingga 24 keping untuk setiap variasi).
10. Tambah gambar (sehingga 24 keping untuk setiap variasi).

11. Tambah kuantiti dan harga, yang mungkin berbeza untuk setiap kombinasi variasi item.

Pada masa yang sama, kaedah bayaran dan kos shipping mestilah sama.

Pada masa yang sama, kaedah bayaran dan kos shipping mestilah sama.

Kita boleh ada hingga 250 variasi dalam satu listing tanpa bayaran tambahan.

Perubahan pada butiran variasi

Semasa edit variasi untuk listing, kita mungkin lihat amaran berikut:

"Ciri ini tidak sah untuk variasi ini. Tambahkan ciri yang sah.” Itu kerana eBay telah kemas kini keperluan untuk Item Specifics.

Jika kita lihat mesej ini, cuba kemas kini listing dahulu.

Cari ciri variasi sedia ada yang terang kan dengan lebih tepat mengenai item berkenaan.

Jika kita tidak jumpa ciri variasi sedia ada yang berkaitan, kita kena buat listing berasingan.

Buat perubahan ini boleh bantu listing kita muncul dalam carian yang betul dan bantu pembeli rasa yakin dengan pembelian mereka.

Habis//

(Artikel ini diterjemahkan dan disesuaikan dari eBay)

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords