Super admin . 5th Feb, 2024 12:47 AM
Resepi daging dendeng original SEDAP dan MUDAH ini adalah hasil air tangan mak mak dan chef chef famous. Cuba ya!
Tapi sebelum itu, kita semua tahu 2 -3 hari ini Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming buat penangan luar biasa, terjual 80,000 botol dalam tempoh 3 minit 39 saat
Maka serentak itu, anak jati Kelantan ini, jadi bertambah jutawan apabila raih RM1.2 juta sekali gus pecah rekod jualan
paling pantas di platfom Tik Tok setakat ini
Tapi apa yang best sangat resepi dendeng ni ya.
Berikut adalah TIPS ringkas yang anda kena tahu sebelum masak sendiri resepi ini.
Nak beli Dendeng Nyet Berapi KA dah sold out kan. Ajom teraii
Dendeng adalah sejenis makanan yang berasal dari Indonesia, khususnya dari budaya Minangkabau di Sumatera Barat.
Ia adalah daging yang dihiris nipis dan dikeringkan atau digoreng hingga kering.
Daging yang biasa untuk buat dendeng adalah daging lembu.
Pilihlah bahagian yang kurang lemak supaya daging dapat dikeringkan dengan baik
dan tidak terlalu keras setelah dimasak.
Untuk tambah kan rasa, daging biasa nya diperap dengan bawang putih, ketumbar, gula merah, garam dan serai.
Ramuan ini ditumbuk halus dan daging diperap selama beberapa jam atau semalaman agar bumbu meresap.
Sebelum digoreng, daging yang telah diperap biasanya dijemur di bawah sinar matahari untuk kering kan daging.
Ini bantu daging jadi rangup
Daging digoreng dalam minyak yang banyak dan panas hingga keemasan dan tekstur nya jadi kering dan rangup.
Setelah digoreng, daging dendeng biasa nya dicampur dengan sisa bumbu perapan yang telah ditumis terlebih dahulu
Jika suka pedas boleh tambah cili kering dan jika suka berlemak, boleh tambah kacang
Daging dendeng adalah sumber protein yang baik.
Namun, ia juga ada garam dan lemak yang tinggi ikut cara pembuatan dan bahan yang digunakan.
1kg daging lembu
Kicap manis
4 batang serai
Halia sebesar ibu cari
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Cili kering segenggam
1 cawan kicap manis
3 helai daun limau purut
Air rebusan daging
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air asam jawa
6 biji cili padi merah
Mula-mula ambil 1kg daging lembu dan isi kan air untuk kita rebus dia bagi lembut.
Korang boleh rebus selama 45 minit kalau masih keras boleh tambah air dan rebuskan lagi. Apa yang penting air rebusan daging jangan buang tau.
Bila daging dah masak dan dah lembut boleh kelurkan daging. Hiriskan daging nipis sebab kita nak tumbuk daging tu.
Tumbukkan daging yang dipotong dalam lesung tapi jangan sampai hancur daging tu tau sebab kita nak daging tu tercarik sikit-sikit dan mudahkan bila nak makan.
Kemudian, ambil kicap manis dan gaulkan dengan daging yang kita dah tumbuk tadi. Gaulkan sampai kicap tu betul-betul sebati.
Selepas dah siap gaul, kita gorengkan daging sekejap sahaja untuk bagi dia caramelised dengan kicap tadi.
Sediakan blender, kita blendkan 4 batang serai, halia sebesar ibu jari, 4 biji bawang merah, 6 ulas bawang putih, segenggam cili kering yang sudah direbus dan tambahkan air. Blend sampai betul-betul hancur.
Selepas blender korang boleh tumiskan bahan-bahan tadi sampai dia kering dan tambahkan juga air rebusan daging sebanyak 1 senduk atau lebih.
Kacaukan sambal sehingga pecah minyak dan baru lah masukkan 1 cawan kicap manis. Kacaukan sampai sebati.
Kemudian, tambahkan 3 helai daun limau purut yang telah dibuang batangnya dan tambahkan juga perasa seperti garam, gula, air asam jawa sedikit dan serbuk perasa.
Kacaukan sampai betul-betul sebati dan boleh masukkan daging yang kita goreng tadi.
Gaulkan sampai semua daging kena sambal dan masukkan pula 6 biji cili padi merah yang telah diketuk nak bagi extra sedap.
(kredit foto to Lily's Kitchen & artikel Resipi Viral)
Bahan-Bahan Resepi daging dendeng original
1 kg daging (tak mo yang banyak lemak yer)
– Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.
– Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.
– Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
– Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, deng..deng..deng.. jangan tumbuk sampai hancur pulak tau
Bahan Lain:
6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
1 cawan air rebusan daging
2 sdb gula
1 sdt garam
1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
Sedikit bahan perasa
Kicap manis
Kicap masin
1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.
Bahan Kisar:
25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
1 cawan minyak masak
Caranya:
(kredit to Mariana Zainal)
Ni resepi maid dari Medan yang ajar dulu, pernah bekerja selama 2 tahun lebih juga dengan kami, masa ni heaven rasa asal teringin je dia akan masakkan, memang sedap🤤
💞 Bahan-bahannya:-
Daging 1 kg
Cili merah 15-20 biji
Bawang putih 3-4 ulas
Cuka masakan 1-2 sudu
Garam
Gula
Perasa
Minyak masak
💞 Cara-caranya :-
Resepi daging dendeng original dari Medan ni sesuai dimakan waktu sahur dengan nasi panas-panas, memang gerenti sedap namatee ni!
Share je ye untuk kegunaan bersama 😁
(sumber FB)
RESEPI DAGING DENDENG Balado
1/2 kg daging direbus dlm ketulan besar
~ hiris nipis yang boleh..
bahan perapan daging:
bawang putih
halia
garam
sedikit ketumbar
kunyit hidup
(tumbuk halus semua sekali perap dengan daging selama 10 minit..kemudian goreng sehingga garing)
bahan cili:
10 cili besar merah
cili besar hijau 10 batang
10 biji cili padi(optional)
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
(rebus semua sekali sehingga lembut..tapiskan kemudian tumbuk 3/4 hancur..xperlu hancur sgt)
tumis semua bahan yg ditumbuk sehingga masak kemudian tambah aji..cuka dan juga garam..
sekiranya ingin cilinya basah2..boleh ditambah dengan air rebusan daging…masak lagi sehingga sedikit kering..
kemudian bolehlah dicurahkan ke atas daging yg siap digoreng tadi…
cuka digunakan utk cili lebih tahan lama dan juga memberi rasa sedikit masam2 yg sgt menyelerakan…tidak ada penggunaan
gula…tp sekiranya suka boleh tambah mengikut citarasa..siap utk di hidangkan dgn nasi panas.. Sedapp tau.
(kredit to Aiza Syafinaz Shahak)
Bahan bahannya
Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
Bawang merah 3 biji (kisar)
Bawang putih 5 ulas (kisar)
Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
Sos tomato
Bawang goreng
Kicap kipas udang manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara caranya
Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
Ambil periuk dan masukkan daging . Letakkan kicap paras daging itu . Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung . Ketepikan .
Kemudian ambil kuali masukkan minyak. Goreng kan sekejap sahaja . Dan angkat . Ketepikan .
Minyak sama , tumis bawang merah dan bawang putih tadi.Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi .
Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra . Masukkan sos tomato , boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi
masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
Garam secukup rasa.
(Kredit : Amelia Tamby Hussin)
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’
Momento Cafe bangkit dari episod duka
Abg Dendeng konsisten LIVE
Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit
>>> Nak kerja part time dari rumah, tapi gaji USD ? klik sini<<<