Super admin . 6th Feb, 2024 04:35 AM
Ringgit Malaysia jatuh ke paras RM6.24 sen banding 1 US Dollar pada 4 petang 5 Febuari 2024
Situasi ini dapat macam macam reaksi netizen, ada yang kata itu dan ini
Semalam, Berita Harian pada jam 7.53 malam 5 Febuari 2024 memetik berita BERNAMA dengan tajuk
Ringgit jatuh bersama mata wang pasaran pesat membangun
Namun ada netizen yang nakal ber gurau katakan Ringgit Sedang Merendah Diri
Macam macam kan
Jom kita fahami apa kesan apabila Ringgit Malaysia jatuh pada kehidupan rakyat
Apabila Ringgit Malaysia jatuh, kos untuk import barang dari negara lain akan meningkat
Ini kerana lebih banyak ringgit diperlukan untuk membeli mata wang asing.
Secara langsung ini akan jadi punca harga barang import seperti elektronik, kereta, dan
makanan naik
Dengan naiknya harga barang import, kos hidup secara keseluruhan nya juga akan meningkat.
Ini bermakna rakyat Malaysia mungkin perlu keluar kan lebih banyak wang untuk perbelanjaan harian.
Bagi individu atau syarikat yang punya pinjaman dalam mata wang asing
penurunan nilai ringgit akan jadi punca beban hutang mereka bertambah
Mereka perlu bayar lebih dalam terma ringgit untuk jumlah yang sama dalam mata wang asing.
Namun, pelancongan boleh dapat manfaat kerana Malaysia menjadi destinasi yang lebih murah bagi pelancong asing
Situasi ini boleh tingkat kan pendapatan negara dari sektor pelancongan.
Bagi pekerja asing di Malaysia atau rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara
perubahan nilai tukar dapat pengaruhi jumlah wang yang dihantar pulang.
Untuk pekerja asing, wang yang di hantar pulang akan kurang nilainya
tetapi bagi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara mereka akan dapat lebih apabila
tukar mata wang asing ke ringgit.
Bagi pelajar yang belajar di luar negara atau merancang untuk belajar di luar negara
mereka akan merasai kesan penurunan nilai Ringgit Malaysia jatuh kerana yuran pengajian dan kos sara
hidup akan menjadi lebih mahal apabila ditukar dari ringgit ke mata wang asing.
Investor Malaysia mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk labur di pasaran global
Ini kerana nilai pelaburan mereka dalam ringgit akan kurang berbanding dengan mata wang yang lebih kuat.
Bagi syarikat Malaysia yang mengeksport barang, nilai ringgit Malaysia jatuh boleh meningkatkan
daya saing mereka di pasaran antarabangsa kerana kos produksi dalam ringgit akan lebih rendah.
Syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia mungkin akan kena impak kenaikan kos operasi dan pengeluaran
Ini terjadi jika mereka bergantung kepada bahan mentah atau komponen yang diimport.
Secara keseluruhannya, apabila nilai ringgit Malaysia jatuh ia akan kurangkan kuasa beli rakyat Malaysia jika masih dengan
pendapatan yang sama
habis//
Foto kredit to Suara Keadilan
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<