0

Loading ...

Shopee naik harga yuran, seller okay ke tak tu?

Shopee naik harga yuran, ada yang ok ke?

Shopee menaikkan yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus berkuat kuasa 1 Ogos 2024.

Semua yuran transaksi juga tertakluk kepada 8 peratus SST atau cukai perkhidmatan, menjadikan kadar yuran transaksi akhir sebanyak 3.78 peratus.

Berikut pandangan beberapa seller online di Facebook mengenai isu ini

Bagi Zarini Jaafar, isu kenaikan yuran Shopee itu adalah perkara biasa sejak lima tahun lalu.

Katanya, penjual sepatutnya ubah harga supaya masih ada untung jualan

“Tak percaya Cuba search posting di fb.. cari fee shopee naik. Setiap tahun ada berita fee menaik

“Selagi sales saya masih ada di shopee dan menaik.. kita ejas harga kita supaya ada untung

“Fee naik.. kita sesuaikan diri kira balik semua produk kita.

“Nak stop berniaga di shopee... sales tempat lain lagi slow.. cam mana nak bayar komitmen bulanan?

“Jadi.. saya rileks rileks je. Benda biasa setiap tahun

“Shopee naik fee.. naik lagi.. dok terkejut ah.. kita orang lama dah biasa dah fee naik hihihi,” tulisnya.

Shopee : "Kita tumpang platform org, nak tak nak kena follow rules"

Bagi seorang lagi seller, Haniff Izhar, sebelum ini kos operasi sekitar 10 ke 12 peratus sahaja, namun kali ini meningkat ke 15 peratus dari harga jualan barang.

“Bermula 1 Ogos 2024, Shopee akan naikkan Transaction Fee dari 2% kepada 3.5%.

“Kenaikan sebanyak 1.5%. Serta kenaikan Service fee lebih kurang 3% lagi.

“Jadi total kenaikan kos operasi di Shopee lebih kurang 4.5% selepas 1 Ogos 2024.

“Orang kata niaga online ni jimat, tak ada kos overhead sewa dan bil utiliti,” katanya.

Bagi Fitri Sam, pada bulan Ogos 2024 banyak perkara yang beri kesan kepada penjual dalam talian di negara ini.

“Start 1 Ogos, commission fee Shopee naik ke 7-20%

“Transaction fee naik dari 2.0 % jadi 3.5%

“Bulan ni last semua seller Shopee termasuk yg buat kecil kecilan kena update TIN no kat sistem utk e-invoice implementation

“Memudahkan LHDN track siapa yang tak bayar tax.

“Seller yang tak update TIN no , maybe automatic tak boleh jual kat Shopee.

“Semua big Company yang turnover 100m per year dah start mintak TIN no utk E-invoice client

“Biasanya kalau Shopee naikkan commission, Tiktok pun akan follow

“Seller seller kecil yang salah buat calculation harga sale akan mati sbb margin product makin drop

“Kita tumpang platform org, nak tak nak kena follow rules,” katanya.

Jangan terhadkan minda untuk berniaga di pasaran Malaysia semata-mata- Dr Zul

Dalam pada itu, Dr Mohd Zulariffin Maarof yang juga penjual dalam talian berkata : 

“Apa yang kita sebagai seller lokal kena buat adalah kena jadi lebih pintar, kuasai teknologi, belajar benda baru setiap hari" - Dr Zul ulas pasal isu Shopee

“Apa yang kita sebagai seller lokal kena buat adalah kena jadi lebih pintar, kuasai teknologi, belajar benda baru setiap hari

“Dan mula start kuasai pasaran luar masuk ke negara-negara yang lebih membangun untuk export barang lokal ke pasaran sana

“Jangan bergantung harap pada pasaran lokal sahaja. Tambah channel baru, luaskan pasaran kita

“Jangan terhadkan minda untuk berniaga di pasaran Malaysia semata-mata,” katanya.

Dr Zul berkata, geng dari China sudah mula secara besar-besaran masuk pasaran malaysia dengan setup warehouse fulfillment di sini untuk jual di platform Shopee Lazada dan Tiktok

Inilah penjajahan ekonomi di zaman moden

Dr Zul berkata, geng dari China sudah mula secara besar-besaran masuk pasaran malaysia dengan setup warehouse fulfillment di sini untuk jual di platform Shopee Lazada dan Tiktok

“Saya dah melawat beberapa warehouse seller China yang berhijrah ke sini untuk bangunkan bisnes

“Game depa sekarang ni tak main distribution offline market.

“Lebih fokus setup warehouse untuk simpan stok di malaysia, then run tiktok live dan masuk ke e-commerce je sebab kos lagi murah dan boleh reach audience lebih banyak

“Pekerja mereka hire seramai mungkin live host tiktok.

“Dalam warehouse level bawah penuh stok barang

“Dalam warehouse level bawah penuh stok barang

“Level atas semua bilik-bilik untuk buat live host tiktok

“Live pulak beroperasi 24 jam. Memang all out betul geng depa ni.

“Ecommerce di Malaysia pulak memang tengah membangun. Polisi kerajaan juga support depa.

“Sebab tu depa start masuk sini besar-besaran

“Seller local ramai dah start mula terkesan sebenarnya. Ramai yang dah mengeluh sebab tak boleh nak lawan harga.

“Depa ni sekali restock barang sahaja nilai stock main juta-juta. Tak ada beli sikit-sikit.

“Macam mana seller local nak lawan dari segi harga? Memang ramai terkesan

“Inilah penjajahan ekonomi di zaman moden,” katanya.

“Inilah penjajahan ekonomi di zaman moden,” kata Dr Zul

Habis//

(Gambar utama kredit Majoriti)

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords