Super admin . 31st Jan, 2024 02:03 PM
Tauhu Habibi mula sejak 2021, iaitu selepas pemiliknya, Noor Farahin Mohd Fathil, 28, dan suaminya, Mohammad Habib
Rahmat, 29, alami kerugian di dalam bisnes pakaian.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualan pakaian tidak dapat dilakukan kerana bisnes di kiosk tidak dibenarkan
dan sejak itu, pasangan itu cari alternatif bisnes yang paling laku ketika itu, iaitu makanan.
Pada mulanya, Noor Farahin dan suami nya itu hanya bermula sebaga ejen tauhu milik seorang lelaki warga emas yang
sudah pencen dan menjadikan bisnes itu sebagai pengisi masa lapang.
Anak jati Selangor itu berkata, lama kelamaan disebabkan permintaan yang semakin meningkat, warga emas itu dengan
sendiri mempelawa bagi mengajarkan cara membuat tauhu kepada pasangan itu secara percuma
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, pasangan itu terus bersetuju kerana ketika itu, mereka sudah dapat banyak
pesanan, tetapi tidak dapat disediakan kan warga emas berkenaan.
“Saya sebenarnya penggemar tauhu dan masa dapat cuba rasa tauhu dibuat pakcik ini, saya suka sebab teksturnya tidak
keras dan gebu.
“Mak mentua saya yang dapat tauhu itu dan saya cuba cari ikut alamat di pelekat yang ditampal dalam bekas tauhu itu
hingga dapat jumpa sendiri pakcik ini.
“Saya pun apa lagi cuba buka pesanan dan ketika itu bulan puasa, memang laku kerana ramai yang ulang beli kerana mereka kata,
tauhu ini sedap, tak masam.
“Saya berjaya dapat pesanan hingga 200 bekas dengan setiap bekas diisi lima biji tauhu pada setiap hari.
“Akhirnya, pakcik itu sendiri tawar kan untuk ajar resepi tauhu yang dipelajari dari seorang mualaf Cina.
“Selepas kami ada modal, kami ambil keputusan untuk cari kedai dapat sebuah kedai di Kampung Sirih, Semenyih Selangor bagi mulakan operasi sendiri
“Kami pilih nama Tauhu Habibi yang diambil atas nama suami,” katanya.
Beliau berkata, bersyukur kerana ketika ini mereka mampu buat 880 biji Tauhu Habibi setiap hari dan dipasarkan melalui
ejen di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Noor Farahin Mohd Fathil berkata, dia juga berdepan dengan cabaran dalam bisnes apabila tauhu yang dijual RM90 sen
sebiji untuk ejen dianggap mahal dan sukar diterima pengguna pada peringkat awal.
Katanya, jenama Tauhu Habibi ambil masa dari 2021 untuk dapat kepercayaan pengguna dan dalam tempoh itu beliau
hampir tarik diri kerana tauhu nya susah dijual.
Namun atas kata kata semangat dari pelanggan nya, bisnes nya itu mula nampak ‘sinar’ bermula Julai tahun lalu, apabila
pelanggan mula kembali kerana terpikat dengan rasa, kualiti termasuk kebersihan penyedian tauhu nya.
“Cabaran ketika ini adalah jika buat Tauhu Habibi ini kena pasti kan ia habis dijual kerana makanan ini bahan sensitif.
“Saya tidak guna cuka dan pengawet makanan dan jika tauhu saya rosak akan rasa pahit, mungkin produk orang lain kalau
rosak rasa masam nya terlalu kuat.
“Tauhu Habibi dijual RM 0.90 sen sebiji dan nak yakinkan tauhu berkualiti itu pada awal agak susah hingga dalam seminggu
100 bekas pun tak boleh habis jual.
“Untuk buat tauhu ini, saya juga berdepan cabaran apabila walau guna sukatan yang sama, jika kacang soya yang saya
import dari negara empat musim itu tidak banyak susu maka, beratnya akan berkurangan.
“Tauhu Habibi punya berat sekitar 130 hingga 150 gram setiap satu dan jika sukatan susu banyak, tauhu akan jadi tebal dan cantik.
“Cuaca main peranan dalam tentu kan kualiti kacang soya dan kita sudah boleh tahu jika satu batch kacang soya itu
kurang susu, kita akan tambah sukatan lebih dari biasa, untuk dapat hasil berat yang sama.
“Saya letak harga berkenaan kerana sudah kira kira faktor kenaikan harga barang dan sejak itu sampai sekarang, harga nya
tak berubah.
“Cara saya untuk yakin kan orang beli Tauhu Habibi ini adalah kongsi maklum balas dari pelanggan yang sudah beli dan
minta mereka beri ‘review’
“Saya rasa ‘marketing’ mulut ke mulut ini lah yang banyak bantu produk saya dikenali ramai dan kini dipasarkan ke koperasi
sekolah selain kedai konsep halal di sekitar Nilai, Senawang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Rawang serta Banting Selangor,” katanya.
Katanya, Tauhu Habibi dihasilkan secara separa manual dengan guna bahan bahan yang halal.
“Walaupun kami belum ada sijil halal tapi kami pastikan sumber bahan Tauhu Habibi ini guna bahan bahan halal.
“Ini kerana, kami anggap bisnes ini juga satu bentuk tunai kan fardu kifayah bagi sedia kan makanan halal untuk orang ramai.
“Kami juga tekan kan soal kebersihan dalam operasi hasil kan produk termasuk akan basuh ‘mold’, kain dan peralatan sentiasa dalam keadaan bersih selepas digunakan.
“Jika dizinkan kami rancang untuk tambah produk tauhu kering yang diguna untuk lauk mi kari pada masa akan datang.
“Setakat ini kami juga buat ketering air soya untuk majlis kecil kecilan jika ada permintaan. Untuk tauhu kering dan tempe kami ada dapat permintaan tapi belum boleh buat masa ini,” katanya.
Katanya, bagi nya isu halal tidak boleh dikompromi kerana apa apa sahaja yang dimakan akan jadi darah daging dan terkait dengan soal akidah dan ibadat bagi seorang Islam.
“Bagi saya seboleh boleh biarlah makanan halal dan bersih kerana akan jadi darah daging, dan jika makanan itu tidak dipastikan sumber nya boleh termasuk darah daging dan beri kesan kepada ibadah
“Saya tahu, memang kita boleh dapat tauhu yang jauh lebih murah di pasaraya yang ada tetapi sejauh mana kita pasti mengenai sumber dan proses pembuatan nya.
“Alhamdulillah, saya selalu dapat kata semangat dari pelanggan yang kata jangan berhenti buat Tauhu Habibi ini sebab ini fardu kifayah bagi sedia kan makanan halal buat orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, siapa siapa sahaja yang mahu mulakan bisnes perlu bangkit jika ditimpa masalah kerana itu perkara ‘wajib’ bagi seorang usahawan.
“Saya tak lama mana berniaga tetapi jika ditanya, apa nasihat bisnes yang boleh dikongsi saya ingin nyatakan saya jua hadapi macam macam cabaran .
“Seperti saya ceritakan tadi, pada awal bisnes saya juga sukar termasuk pekerja yang bersilih ganti, tauhu dibuat tak jadi dan terpaksa dibuang, tapi saya kena bangkit cari jalan atasi masalah itu.
“Saya hampir putus asa dahulu dan mahu berhenti dan kerja dapat gaji bulanan seperti orang lain, tapi suami menyedarkan saya.
“Jangan berputus asa kerana detik kejatuhan wajib ada, jika jatuh bangun semula. Kalau ikutkan letih memang letih, sebab setiap malam kami akan datang kedai untuk rendam kacang soya
“Esok paginya jam 4 pagi sudah mula operasi buat Tauhu Habibi hingga 11 pagi. Jika kena hari tak baik, jam 9 pagi, tauhu dah mula tunjuk akan tak jadi dan akan dibuang macam itu sahaja.
“Saya sebagai pemilik bisnes, saya juga buat masa ini buat semua yang boleh termasuk lah pemasaran dan nak harapkan 100 peratus pekerja buat tauhu, memang kena pantau
“Sebab buat tauhu ini kena ada kemahiran, dan saya juga hampir hampir putus asa tetapi kerana kata kata semangat dari pelanggan buat saya sedar dan bangkit,” katanya.
habis//
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<