Super admin . 7th Jul, 2024 08:59 AM
eBay suspended account. Sudah pasti ramai newbie eBay yang berdepan dengan isu ini bukan?
Antara sebab utama akaun eBay anda digantung adalah kerana customer anda mengalami pengalaman buruk ketika berurusan dengan anda
Antara kesalahan utama yang dilakukan ramai seller baharu adalah seperti berikut :
1. Item Tidak Seperti yang Diterangkan (INAD)
Item yang dihantar kepada pembeli tidak sesuai dengan deskripsi yang diberikan dalam senarai. Ini termasuk keadaan item, fungsi, dan ciri-ciri lain yang dinyatakan.
2. Pembatalan Stok
Penjual membatalkan pesanan kerana kekurangan stok.
Pembatalan ini boleh menyebabkan kekecewaan kepada pembeli yang mengharapkan item tersebut.
3. Penilaian Rendah Penjual
Pembeli memberikan penilaian bintang yang rendah kepada penjual, menunjukkan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
4. Maklum Balas Neutral/Negatif
Pembeli memberikan maklum balas yang neutral atau negatif, mencerminkan pengalaman yang kurang memuaskan.
Pengalaman buruk dilalui oleh pelanggan anda secara langsung juga menjejaskan kedudukan anda sebagai seller eBay
Antara tindakan yang akan diambil eBay terhadap anda adalah :
Penamatan Senarai
eBay mungkin menamatkan senarai penjual yang mempunyai kadar BBE yang tinggi.
Had Jualan
Penjual mungkin dikenakan had jualan untuk mengurangkan jumlah transaksi yang boleh mereka lakukan.
Sekatan Akaun
Dalam kes yang lebih serius, akaun penjual boleh disekat daripada melakukan jualan di eBay.
Atas sebab itu, bagi mengelakkan persoalan seperti ebay suspended my account isu isu di atas perlu diberi perhatian SERIUS
Bagi memastikan penjual menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meminimumkan pengalaman buruk pembeli.
eBay mengambil inisiatif memperkenalkan Dasar "Bad Buyer Experience Rate" (BBER) yang berkuatkuasa sejak 11 Disember 2023
Secara langsung, jika seller eBay mematuhi dasar ini, ia akan mengatasi isu eBay suspended account
eBay mengambil serius mengenai kepuasan pembeli dan dasar ini adalah untuk menggalakkan penjual memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Penilaian BBE dilakukan setiap minggu dalam tempoh 12 minggu. Ini bermakna, penjual akan dinilai secara berterusan berdasarkan prestasi mereka dalam tempoh tersebut.
Penilaian ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai prestasi penjual dan membolehkan eBay mengambil tindakan yang sesuai jika diperlukan.
Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kadar BBE
Penjual boleh mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kadar BBE mereka jika tak mahu isu eBay suspended my account terjadi
Menyediakan Deskripsi yang Tepat
Pastikan deskripsi item adalah tepat dan menyeluruh untuk mengelakkan kes INAD.
Pengurusan Stok yang Baik
Pastikan stok sentiasa dikemaskini untuk mengelakkan pembatalan pesanan kerana kekurangan stok.
Menjaga Kepuasan Pembeli
Berikan perkhidmatan pelanggan yang baik dan responsif untuk mengelakkan penilaian rendah dan maklum balas negatif.
Komunikasi yang Jelas
Berkomunikasi dengan pembeli secara jelas dan tepat waktu untuk menangani sebarang isu yang timbul.
Kepentingan Dasar BBER
Dasar BBER adalah penting untuk mengekalkan integriti dan kualiti platform eBay.
Dengan memastikan penjual memberikan perkhidmatan yang berkualiti
eBay dapat menjaga kepuasan pembeli dan memastikan bahawa pembeli mempunyai pengalaman membeli yang positif di platform ini.
Dasar ini juga menggalakkan penjual untuk sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dan elak isu isu seperti eBay suspended account
Penjual boleh merujuk kepada panduan dan sumber yang disediakan oleh eBay untuk memahami lebih lanjut mengenai dasar BBER dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka.
eBay juga menyediakan sokongan untuk membantu penjual meningkatkan prestasi mereka dan mengurangkan kadar BBE.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melawat laman eBay KLIK SINI
Dasar ini adalah satu langkah penting untuk memastikan bahawa eBay terus menjadi platform yang dipercayai oleh pembeli dan penjual di seluruh dunia.
Dengan mengurangkan pengalaman buruk pembeli, eBay dapat meningkatkan kepuasan pembeli dan mengekalkan reputasi yang baik dalam industri e-dagang.
Penjual yang mematuhi dasar ini dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik akan mendapat manfaat daripada kepercayaan dan kepuasan pembeli.
habis//
Mahu belajar menjual di eBay ? klik sini
(Gambar kredit kepada SunTec India)
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu
Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah