Super admin . 26th Jan, 2024 04:10 AM
Wagyu Jepun terkenal sebagai antara makanan paling mahal di dunia apabila purata harga daging mentah A5, iaitu gred
paling terbaik mampu cecah RM960 sekilo gram, menurut data terkini dari laman WagyuWeTrust.
Gara gara itulah, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dihidangkan wagyu yang bermaksud
lembu Jepun, gegak gempita satu negara memerli dan mengeji.
Peristiwa itu terjadi ketika Tun Mahathir diraikan sebagai Perdana Menteri ke 8 selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang kan
kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke 14.
Baca ini : Parlimen hidang menu daging RM2,000 sekilo gram
Kita semua tahu, Tun Mahathir dan Jepun sudah tidak asing lagi, malah Dasar Pandang ke Timur yang dicipta nya itu sudah
bawa banyak pembaharuan dalam negara ini.
Termasuk lah hal dari ekonomi, budaya hingga ke Wagyu sekali pun. Pengaruh Jepun begitu besar meresapi cara hidup
rakyat kita sejak itu.
dan Tun Mahathir jugalah individu penting yang bersungguh sungguh mahu lembu Wagyu Jepun diternak di negara ini kerana limpahan ekonomi yang boleh dinikmati oleh rakyat.
"Tun mahu kamu ke Jepun dan bawa masuk lembu wagyu ke Malaysia secepat mungkin!”.
Itu kata-kata diterima oleh Pemilik Jenama GTR Burger, Nordin Mat ketika berada Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 2010.
Menerusi perkongsian nya di Facebook, Nordin berkata, itulah antara detik awal beliau jadi antara orang kepercayaan Tun
Mahathir bagi melaksanakan misi ‘seludup’ lembu Wagyu, masuk ke Malaysia.
Jom kita ikuti catatan peristiwa penting ini hingga Wagyu Jepun yang sepatut nya jadi milik ekslusif negara matahari terbit
itu kini wujud di Malaysia.
Mahal beb, ilmu dan pengalamannya...ini baru PADU!
"Di Tokyo nanti, kamu akan bertemu dengan seorang usahawan Malaysia yang sudah diatur oleh Tun, dan kamu akan
dibawa ke sebuah ladang wagyu yang Tun telah temui.
“Uruskan proses kemasukan lembu tersebut dengan baik, dan Tun akan tanggung semua kos," jelas Datuk N.
"Projek ini perlu dilakukan secara rahsia, harap kamu faham,"
Maksudnya, tidak boleh diberitahu kepada umum, sebab ketika itu Tun baru sahaja bersara sebagai Perdana Menteri
Malaysia keempat.
Saya sendiri belum pernah ke Jepun pada ketika itu; kami hanya import ternakan dari Australia, Thailand, dan Indonesia.
Setelah berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) dan dapat kebenaran untuk permit
import lembu dari Jepun, saya dan Dr. P. Azhar (rakan kongsi lama di MTG) terbang ke Tokyo.
Kami dihantar oleh Sdr. Akmal ke Pulau Kagoshima dan bertemu dengan salah satu syarikat ternak
terbesar di Jepun, Kamichiku Group, jika tidak salah, dengan kapasiti 17,000 ekor lembu wagyu. Harga seekor lembu
wagyu waktu itu, yang paling murah, katanya sudah capai RM30,000.
Sepanjang dua hari kami dibawa melawat semua fasiliti mereka dari ladang biak, ladang fidlot, tempat proses
makanan wagyu, rumah sembelih Zenkai Meat, sampai ke restoran yang hidang kan daging wagyu halal,
sebanyak mana yang kami sanggup makan.
"Kami di Jepun ini sangat hormati Perdana Menteri Malaysia dan sangat berbesar hati untuk bantu beliau untuk
dapatkan baka lembu wagyu dari Jepun," kata pemilik syarikat Kimichiku.
"Tapi, polisi negara kami memang tidak benarkan eksport lembu hidup, embrio, atau sperma wagyu sejak berpuluh
tahun lalu," tambah beliau.
"Lembu Wagyu asli memang berasal dari Jepun, dan kami, para penternak, yang 'cipta' wagyu ini, ingin pelihara
keasliannya di sini sahaja," tegas beliau.
Menurut catatan sejarah, lembu wagyu, yang dalam bahasa Jepun bererti lembu tempatan, dihasilkan secara tidak sengaja
oleh penternak dan petani Jepun zaman dulu.
Ia adalah lembu tempatan yang diguna oleh petani sawah padi untuk bajak. Lemak yang terkumpul di dalam
daging mereka akibat kerja bajak, dikenali sebagai 'marbling', dan semakin banyak marbling, semakin baik kualiti
daging wagyu, yang digred dari A1 hingga A5. Lemak ini, menurut kajian saintifik, adalah 'lemak baik' yang bermanfaat
untuk kesihatan, bukan lemak jahat yang tingkat kan kolesterol.
"Melihat kepada potensi daging wagyu yang enak ini, penternak wagyu mulai laku kan kawin silang untuk tingkat kan
kualiti genetik lembu mereka, hingga capai tingkat lemak yang tinggi melalui lebih dari tujuh generasi, untuk
dapat kan baka wagyu yang stabil dan diakui oleh persatuan mereka," ujar pemilik ladang.
"Bagaimana pula dengan lembu wagyu di Amerika dan Australia, dan negara negara lain yang juga miliki wagyu?" tanya
saya untuk gali rahsia mereka.
"Selepas Per@ng Dunia Kedua, ada pihak yang seludup embrio wagyu Jepun ke Amerika, membiakkannya di sana,
kemudian eksport ke Australia, hingga wagyu menjadi sangat komersial di sana," terang beliau. Di pejabat mereka,
saya ada lihat poster gambar yang cerita kan sejarah ini.
"Semua lembu wagyu selain dari yang diternak di Jepun adalah dari keturunan yang lama dan tidak akan setanding dengan
lembu wagyu asli yang hanya ada di Jepun!" kata beliau dengan bangga.
Sebab itulah harga daging wagyu Jepun hingga dua atau tiga kali ganda banding daging wagyu yang import dari luar Jepun.
Namun, biasa nya hanya pakar daging sahaja yang dapat beza kan rasa dan aroma daging itu yang memang
berbeza, terutama bila dipanggang. Memang berlainan.
Setelah melawat semua fasiliti di Kagoshima dan adakan beberapa siri perbincangan, pihak Kamichiku dengan sopan
beri keputusan yang tidak lah gembira kan kami.
"Maaf, tuan tuan, walaupun dari phak syarikat kami tiada halangan untuk bantu Perdana Menteri tuan dapat kan
lembu wagyu hidup ini ke Malaysia, kami terikat dengan keputusan Persatuan dan Koperasi Penternak Wagyu di sini yang
larang pengeluaran baka wagyu Jepun ke negara lain," ujar mereka, serentak tunduk kan kepala sebagai tanda permintaan maaf.
Menundukkan kepala memang tradisi mereka, tapi yang bicara adalah Ketua Kamichiku Group sendiri. Beliau
adalah pemilik kepada 17 ribu ekor wagyu bernilai lebih setengah bilion ringgit, yang buat kami berasa serba salah.
"Tetapi begini, kami telah dapat persetujuan Persatuan Penternak Wagyu yang boleh kan kerjasama penyelidikan
bersama Kerajaan dan Universiti Tempatan Malaysia," kata mereka.
Saya syukur, nampak nya masih ada harapan untuk atasi halangan ini.
Kami membawa pulang berita ini ke pejabat Tun M, di mana mereka telah atur kan kerjasama dengan beberapa agensi
Kerajaan dan Universiti tempatan.
Beberapa bulan kemudian, saya dapat tahu bahawa rombongan dari Jepun telah datang ke Malaysia, melawat
beberapa lokasi yang dicadangkan untuk penternakan seperti Pulau Langkawi, Tasik Pedu di Kedah, dan Kundasang di Sabah.
Walaupun saya tidak dijemput untuk lawatan itu, saya ambil kesempatan bertemu mereka di Kuala Lumpur sebagai
kenalan lama dan membawa mereka makan malam di sebuah restoran di Ampang yang terkenal dengan steak wagyu.
Kejadian lucu berlaku di restoran tersebut. Rombongan Jepun itu bertanya kepada pemilik restoran tentang kehadiran
daging wagyu Jepun jenama "Matsusaka" di restoran mereka, sedangkan waktu itu daging wagyu Jepun belum diizinkan masuk ke Malaysia.
"Wagyu Matsusaka ini adalah yang termahal di dunia, bagaimana anda memperolehnya?" tanya mereka kepada pengurus restoran.
"Maaf, sebenarnya kami guna Wagyu Australia MS12. Saya akan ubah namanya nanti," jawab pengurus. Beliau
lantas membawa keluar daging itu dari ruangan dan simpan nya di dapur. Melihatkan hal tu, kami tertawa besar.
Bagaimana daging itu dijual dengan harga lebih dua ribu ringgit sekeping dan entah berapa ramai orang telah terkena dengan helah mereka sebelum ini?
Selesai makan malam, saya tanya kepada rombongan itu tentang peluang membawa masuk lembu wagyu Jepun hidup ke Malaysia.
"Kami telah melawat beberapa tempat, tapi rasanya hanya di Kundasang Sabah sahaja yang sesuai untuk penternakan
Wagyu Jepun ini kerana ketinggian dan cuaca sejuknya. Tempat lain sangat tidak sesuai walau dengan kandang
berhawa dingin," jelas mereka, jawab persoalan selama ini.
Selepas perjumpaan itu, saya tidak lagi dengar berita tentang hal itu dari mana mana pihak, dan saya juga tidak bertanya lagi.
Namun, tiba tiba, ketika Tun M menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, kebetulan pula negara pertama yang beliau
lawati adalah Jepun, dan sekali lagi beliau arah kan pihak yang terlibat dalam pertanian di Jepun untuk mencari cara
membawa lembu wagyu hidup ke Malaysia.
Impian beliau untuk miliki lembu wagyu Jepun di Malaysia sangat kuat, benar benar mengejutkan saya. Kami kemudian
diundang berjumpa dengan pihak jabatan sekali lagi untuk jalan kan misi ini.
"Umur saya sudah tidak lama, saya mahu lihat ia dapat dijayakan di Malaysia apa cara sekalipun" kata Tun M.
Dan begitu lah bermulanya episod baru usaha kami membawa masuk lembu wagyu Jepun yang akan saya ceritakan dalam
siri kedua yang lebih dramatik: "Menyelud0p Embrio Wagyu Jepun".
-bersambung-
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’
Momento Cafe bangkit dari episod duka
Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit
>>> Duduk Malaysia takpe janji gaji USD, klik sini<<<