fahd . 13th Jan, 2025 9:10 PM
Gara gara mencuri setandan pisang, seorang lelaki yang pada mulanya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 hari.
Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi Muar, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid berkata, penjara tiga bulan yang dikenakan terhadap tertuduh, Muhammad Fadil Ismail, 35, oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat adalah terlalu berat.
"Mahkamah percaya keputusan dibuat oleh majistret tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh.
"Justeru, mahkamah memutuskan hukuman itu (penjara tiga bulan) diketepikan dengan tertuduh dipenjara 10 hari bermula tarikh ditangkap," katanya.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Muhammad Fadil dibebaskan hari ini.
Min anggap ini adalah peluang terbaik kepada saudara berkenaan dan kita semua untuk ambil iktibar atas kejadian ini
Dari satu sisi, hakim menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk melaksanakan hukuman yang adil serta saksama.
Memang benar, jika seseorang itu terdesak memang dia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai niatnya.
Namun dari satu sudut lain, min percaya orang kita masih kuat sifat kasih sayangnya merentasi agama dan kaum
Jika ternampak orang yang terdesak dan susah, kita suka membantu meringankan bebannya
Min mengajak semua untuk berfikir sejenak, siapakah orang di sekeliling kita, saudara kita, adik beradik kita yang susah ketika ini
Cubalah bertanya khabar dan menjenguk mereka jika berkemampuan
Kadang-kadang bukan soal duit jadi keutamaan, jika orang tanya kita sihat dan sudi mendengar masalah kita pun, kita sudah dapat sedikit kelegaan
Tekan link ini >>>https://linktr.ee/NakTahuEbay dan jana pendapatan dalam matawang USD