fahd . 14th Jan, 2025 1:04 PM
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
Kementerian Kewangan berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Penyaluran SARA, dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
“Sumbangan SARA akan bermula esok di mana RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025.
“Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan," kata kementerian itu.
Selain itu, MOF berkata, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Bilangan itu merangkumi 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.
“Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.
"Untuk golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan," kata kementerian itu.
Alhamdulillah, Sumbangan Asas Rahmah SARA ini meningkat sesuai dengan tahap peningkatan harga barang dan servis ketika ini
Semoga sumbangan ini memberi sedikit kelegaan kepada penerimanya bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada tahun ini
Bagi golongan yang tak layak menerima SARA, min faham kerana kita perlu berjimat cermat membuat bajet perbelanjaan bulanan
Sumbangan Asas Rahmah SARA : 10 Tips Cara Buat Bajet Bulanan
Buat bajet bulanan tu memang penting, sebab ia membantu kita kawal kewangan dan elakkan pembaziran. Kalau tak tahu mula dari mana, jom cuba 10 tips mudah ni!
Tulis semua sumber pendapatan
Mula dengan senaraikan berapa banyak duit yang masuk setiap bulan, contohnya gaji, bonus, atau pendapatan sampingan.
Senaraikan perbelanjaan tetap
Tentukan semua bil tetap seperti sewa rumah, bil elektrik, internet, dan langganan bulanan.
Kira perbelanjaan harian
Catatkan duit yang dibelanjakan untuk makan, minyak, dan keperluan harian. Ini boleh jadi bahagian yang kita sering terlepas pandang.
Tetapkan had untuk setiap kategori
Setelah tahu perbelanjaan, tetapkan had untuk setiap kategori, seperti makanan, hiburan, dan simpanan.
Simpan untuk kecemasan
Pastikan ada duit untuk tabung kecemasan. Sebagai permulaan, boleh simpan 10% dari pendapatan.
Prioritikan hutang
Kalau ada hutang, cuba bayar lebih daripada jumlah minimum untuk cepat selesaikan.
Gunakan aplikasi kewangan
Ada banyak aplikasi yang boleh bantu kita catat perbelanjaan, supaya lebih mudah nak pantau.
Elakkan pembelian impulsif
Sebelum beli barang, fikirkan dulu sama ada ia betul-betul perlu.
Simpan sedikit setiap bulan
Walaupun sedikit, kalau konsisten, ia akan berkembang.
Tinjau bajet setiap bulan
Setiap bulan, semak semula bajet untuk pastikan kita masih mengikut perancangan.
Dengan tips ni, tak susah pun nak buat bajet bulanan. Yang penting, disiplin dan konsisten!
Tapi kalau sudah buat bajet di atas pun, perbelanjaan melebihi pendapatan, mahu tak mahu kita memang kena cari cara buat duit lebih
Tekan link ini untuk belajar kemahiran menjual di eBay dan menjana pendapatan dalam matawang USD >>>https://linktr.ee/NakTahuEbay